Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Makanan Anak Kucing Yang Seimbang & Berkualiti

Apakah makanan yang sesuai untuk anak kucing anda? Setelah anak kucing dilahirkan, susu ibunya adalah makanan anak kucing yang terbaik. Ia menyediakan khasiat yang cukup lengkap untuk anak kucing anda. Walau bagaimanapun, apabila anak kucing anda semakin membesar, ia bersedia untuk bercerai susu dan patut diperkenalkan kepada makanan yang khas untuk anak kucing. Ini membantu anak kucing anda beralih kepada makanan pepejal dan mendapatkan nutrisi yang diperlukan semasa ia membesar.

Anak kucing mempunyai keperluan khas dan nutrisi yang lebih banyak berbanding kucing dewasa. Anak kucing anda membesar dengan cepat dan sangat aktif! Maka, menyuburkan anak kucing anda dengan makanan untuk anak kucing yang memenuhi keperluan ini adalah sangat penting. Anak kucing merupakan haiwan karnivor dan memerlukan daging untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan. Gigi, lidah dan sistem penghadamannya direka khas untuk memakan daging.  Selain mengandungi nutrien yang betul,  makanan anak kucing juga perlu mudah dihadam. Makanan anak kucing  dirumus  dengan semua nutrien yang anak kucing anda perlukan, dalam jumlah yang sedikit untuk perutnya yang kecil.

Apakah khasiat yang perlu ada dalam makanan anak kucing?


Protein

Protein merupakan zat makanan yang sangat penting untuk anak kucing. Ia banyak digunakkan untuk proses-proses yang berbeza ketika mereka membesar. Protein terdiri daripada unit-unit kecil yang dinamakan asid amino. Anak kucing memerlukan asid amino perlu (essential amino acid) seperti taurina, arginina, metionina dan sisteina. Asid amino perlu ini membantu menggalakkan perkembangan otak yang sihat, penglihatan yang baik, dan bulu yang sihat serta lembut. Namun begitu, asid amino perlu tidak boleh dihasilkan oleh anak kucing anda. Oleh itu, sangat penting untuk menyediakan asid amino perlu ini melalui diet mereka.

Asid lemak perlu

Asid lemak perlu diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kulit, bulu, sistem imun, dan metabolisme anak kucing anda. Asid lemak perlu juga membekalkan banyak tenaga kepada anak kucing anda yang aktif untuk membesar dan bermain. Ia juga menjadikan makanannya lebih enak!

Vitamin

Vitamin adalah diperlukan di dalam pemakanan anak kucing untuk pelbagai aktiviti metabolik dan pertumbuhan. Terdapat banyak vitamin di dalam makanan basah Whiskas®, dan setiap vitamin mempunyai peranan yang berbeza.
 Ada beberapa jenis vitamin yang berbeza, dan setiap satunya mempunyai peranan khasnya sendiri. Sebagai contohnya, vitamin A adalah penting untuk penglihatan yang baik, vitamin D diperlukan untuk pertumbuhan tulang, dan vitamin K membantu dalam pembekuan darah jika anak kucing anda mendapat luka.

Mineral

Mineral adalah penting dalam diet anak kucing anda. Ia membantu badan anak kucing anda berfungsi secara normal dan sihat. Mineral yang paling penting untuk anak kucing anda  ialah kalsium, fosforus, dan magnesium. Ini membantu dalam pertumbuhan tulang yang sihat, fungsi saraf dan metabolisme otot. Makanan anak kucing  mengandungi semua jenis mineral ini dalam jumlah yang bertepatan untuk anak kucing anda yang semakin membesar.

Karbohidrat dan serat

Anak kucing menggunakan karbohidrat sama ada sebagai sumber tenaga, atau sebagai sumber serat pemakanan. Serat membantu dalam proses penghadaman yang baik. Makanan anak kucing  dirumus dengan teliti untuk memenuhi keperluan pemakanan anak kucing anda yang unik.

Makanan anak kucing Whiskas® membekalkan diet harian yang seimbang dan lazat untuk anak kucing  anda. Berikan anak kucing anda  makanan anak kucing terbaik  dengan  makanan anak kucing Whiskas® untuk kehidupan yang ceria dan sihat.

Carta pemakanan anak kucing

Apabila anak kucing anda membesar, corak pemakanan dan keperluan pemakanannya juga berubah. Carta pemakanan anak kucing ini boleh digunakan sebagai panduan cara untuk memberi makan anak kucing anda  dengan  makanan anak kucing Whiskas® kerana ia melalui peringkat tumbesaran yang berbeza.

  • Sejak lahir hingga 2 bulan:

    Memberi susu kucing daripada ibu mereka. Pada usia kira-kira 1 bulan, anda boleh memperkenalkan ketulan kecil  makanan anak kucing kerana mereka mula  bercerai susu.

  • 2 hingga 4 bulan:

    Mulakan dengan  makanan anak kucing Whiskas®. Berikan anak kucing 1 pek makanan anak kucing basah setiap hari, dan secara beransur-ansur campurkan  makanan anak kucing kering dan basah bersama-sama. Berikan ia makan 4 atau 5 kali dalam sehari.

  • 4 hingga 8 bulan:

    Meningkatkan jumlah makanan anak kucing basah  kepada 2 hingga 3 pek sehari. Jika anak kucing itu diberi makan dalam bentuk diet campuran, gunakan 2 pek makanan anak kucing basah dan 15-20g makanan anak kucing kering. Beri mereka makan 4 atau 5 kali dalam sehari.

  • 8 hingga 12 bulan:

    Berikan anak kucing 3 pek makanan anak kucing basah setiap hari, atau campurkan 2 pek  makanan anak kucing basah dan 20-25g  makanan anak kucing kering. Kurangkan kekerapan memberi makan kepada 2 atau 4 kali sehari.

Makanan anak kucing yang tepat untuk si manja anda yang sedang membesar

Pelan diet untuk mengekalkan berat badan anak kucing

Kenaikan berat badan adalah satu petanda baik bahawa diet menyediakan nutrien penting bagi keperluan anak kucing anda. Adalah disyorkan untuk menimbang berat anak kucing pada masa yang sama setiap hari. Ini membantu anda menjejak kenaikan berat badannya dan untuk mengelakkannya daripada terlebih  diberi makan (walaupun ia sesuatu yang sukar ditahan!). 

Sebaik sahaja anak kucing bercerai susu, ia perlu diberikan dengan makanan anak kucing  dan air. Makanan basah juga memberi manfaat terhadap kesihatan buah pinggang dan pundi kencing, manakala pelet makanan kucing kering membantu gigi mereka dalam keadaan baik.
 Apa yang penting adalah untuk menyediakan campuran makanan basah dan kering yang baik dalam jumlah yang tepat! Beberapa tip untuk mengekalkan berat anak kucing adalah dengan menimbang makanan mereka,  mengutamakan masa bermain dan pergerakan, dan membahagikan makanan kucing harian mereka kepada bahagian yang lebih kecil tetapi lebih kerap.
Carta berat anak kucing ini menunjukkan anggaran julat berat badan anak kucing mengikut umur:

Umur Berat badan
1 – 2 bulan 0.35 – 0.6 kg
2 – 3 bulan 0.8 – 1.2 kg
3 – 4 bulan 1.4 – 2.1 kg
4 – 6 bulan 1.8 – 2.8 kg
6 – 9 bulan 2.4 – 3.9 kg
9 – 12 bulan 3.5 – 5.0 kg

Soalan Lazim Mengenai Diet Kucing

 

Apakah jenis makanan yang perlu anda berikan kepada anak kucing yang baru lahir?

Susu ibu merupakan makanan anak kucing terbaik  (di bawah 2 bulan) kerana ia mengandungi DHA yang membantu pada peringkat awal perkembangan. Kolostrum juga mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi dan membantu menguatkan sistem imun anak kucing.

Apakah diet yang ideal untuk anak kucing?

Anak kucing memerlukan diet lengkap dengan kandungan protein, asid lemak perlu, karbohidrat, mineral serta vitamin yang seimbang dan tepat. Whiskas® menawarkan pelbagai makanan anak kucing  dengan semua nutrisi yang diperlukan oleh anak kucing.

Apakah jenis makanan yang boleh anda berikan kepada anak kucing yang cerewet?

Kebanyakan anak kucing mengemari tekstur dan perisa tertentu. Cuba berikan anak kucing anda campuran makanan anak kucing basah dan kering. Anda juga boleh mencuba pelbagai jenis makanan anak kucing Whiskas® untuk mengenal pasti makanan yang digemarinya. 

Bolehkah anak kucing makan makanan manusia?

Anak kucing memerlukan kira-kira 40 nutrien penting untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap, sama ada makanan itu dalam bentuk kering, basah atau separa lembap.

Oleh kerana anak kucing adalah haiwan karnivor, daging haiwan adalah salah satu makanan manusia yang paling selamat untuk diberikan kepadanya kerana mereka bergantung kepada nutrien yang terdapat dalam produk haiwan. Terdapat 11 asid amino perlu untuk anak kucing yang mesti dibekalkan dalam diet mereka:

  1. Arginina
  2. Histidina
  3. Isoleusina
  4. Leusina
  5. Lisina
  6. Metionina
  7. Fenilalanina
  8. Taurina
  9. Treonina
  10. Triptofan
  11. Valina

Daging dan organ-organ haiwan (hati, jantung, dan buah pinggang) merupakan sumber terbaik asid amino ini, serta nutrient penting lain. Ikan, daging dan ayam adalah pilihan terbaik kerana ia membekalkan semua protein dan nutrien penting yang diperlukan oleh anak kucing anda. Ia boleh dicincang, dikisar, atau dicampur supaya anak kucing anda boleh memakannya dengan mudah. Pastikan ia dimasak dengan sempurna untuk memusnahkan sebarang bakteria atau parasit sebelum memberinya kepada anak kucing anda.

Selain daging, anak kucing juga makan tumbuhan sekali-sekala untuk pelawas atau serat. Sayur-sayuran yang disyorkan untuk anak kucing anda adalah lobak merah, brokoli, dan bayam yang telah dikukus atau direbus. Sayur-sayuran ini juga merupakan sumber vitamin dan mineral. Pastikan semua sayur-sayuran dibasuh dan dibersihkan dengan teliti sebelum ia dimasak. Elakkan daripada memberi makan sayur-sayuran mentah kepada anak kucing anda kerana ia tidak boleh dihadam dan boleh menyebabkan masalah penghadaman.

Profil nutrient penting untuk kucing

  1. Mineral
  2. Kalsium
  3. Fosforus
  4. Magnesium
  5. Natrium
  6. Kalium
  7. Klorida
  8. Zat besi
  9. Zink
  10. Kuprum
  11. Mangan
  12. Selenium
  13. Iodin
  1. Asid Amino
  2. Arginina
  3. Histidina
  4. Isoleusina
  5. Metionina
  6. Sisteina
  7. Leusina
  8. Lisina
  9. Fenilalanina
  10. Treonina
  11. Triptofan
  12. Tirosina
  13. Valina
  14. Taurina2
  1. Vitamin
  2. Vitamin A
  3. Vitamin D
  4. Vitamin E
  5. Vitamin K
  6. Tiamin (B1)
  7. Riboflavin (B2)
  8. Piridoksin (B6)
  9. Niasin (B3)
  10. Asid pantotenik (B5)
  11. Kobalamin (B12)
  12. Asid Folic (B9)
  13. Boitin (B7)
  14. Kolina
  1. Makronutrien
  2. Protein
  3. Lemak
  4. Lembapan
  5. (Abu, Serat)
  1. Asid Lemak
  2. Asid linoleik
  3. Asid arakidonik
  4. Asid Alfa-Linoleik
  5. EPA/DHA1

Cara memberi makan anak kucing baru lahir sehingga usia 4 minggu?

Semasa anak kucing membesar, ia memerlukan pelbagai jenis makanan dan cara pemberian makanan yang berbeza untuk menyokong tumbesaran dan perkembangannya. Apabila anak kucing dilahirkan, ia mendapat semua nutrisi yang ia perlukan daripada susu ibunya, yang merupakan makanan terbaik anak kucing. Adalah penting untuk memastikan anak kucing dan ibu kucing anda selamat dan jauh daripada sebarang gangguan.  Ini membolehkan ia diberikan makan dengan tenang. Pastikan anak kucing anda berada dalam keadaan hangat dan letakkan ia dalam kedudukan yang selesa di perutnya semasa ia makan. Selepas 4 minggu, selalunya ia telah bercerai susu dan diperkenalkan kepada  makanan untuk anak kucing.

Cara memberi makan anak kucing dari usia 4 minggu hingga 4 bulan?

Sebaik sahaja anak kucing anda mencapai usia 4 minggu, ia mungkin mula menunjukkan minat terhadap makanan pepejal! Secara beransur-ansur anda boleh mula memisahkan anak kucing anda daripada susu dan memperkenalkannya kepada sedikit makanan anak kucing dalam bentuk pepejal. Makanan kering anak kucing boleh dicampur dengan air supaya ia menjadi lembut bagi membolehkan anak kucing makan dengan mudah. Makanan basah anak kucing juga boleh digunakan. Letakkan makanan dalam pinggan atau mangkuk yang tidak dalam untuk membiasakannya dengan tabiat makan yang baik. Adalah penting untuk mengetahui cara yang betul untuk memberi makan anak kucing dengan makanan yang tepat untuk membantu mereka membesar dengan ceria dan sihat.

Cara membuat makanan anak kucing?

Makanan anak kucing yang disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan semulajadi dan segar adalah satu cara untuk memperkenalkan anak kucing anda kepada rasa dan tekstur yang berbeza. Ini membantu tumbesaran dan perkembangan mereka. Oleh kerana anak kucing adalah haiwan karnivor, ia boleh makan pelbagai jenis daging seperti ayam, daging lembu, dan ikan yang telah dicincang atau dikisar dan kemudian dimasak.

Anak kucing memerlukan 4 kali lebih banyak protein berbanding manusia. Untuk memenuhi keperluan ini, makanan anak kucing yang dibuat sendiri perlu mengandungi sekurang-kurangnya 70 g protein bagi setiap 1000 kcal tenaga metabolisme  (metabolisable energy, ME). Ini bersamaan dengan kira-kira 220 g daging ayam, atau 320 g ikan. Daging perlu dimasak, sama ada secara kukus atau direbus. Anak kucing memerlukan 40 nutrien penting untuk membekalkan nutrisi lengkap untuk badan mereka yang semakin membesar dan tenaga tanpa batasan. Maka, ia memerlukan pelbagai jenis makanan untuk memenuhi keperluan ini. Pastikan anda memilih makanan berkualiti tinggi yang selamat untuk anak kucing anda makan! Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai apa yang anak kucing anda boleh dan tidak boleh makan dari "Bolehkah anak kucing makan makanan manusia?"

Walau bagaimanapun, jika anda tidak tahu cara membuat makanan anak kucing, atau tidak mempunyai masa untuk membuatnya – jangan bimbang! makanan anak kucing Whiskas®  adalah makanan anak kucing terbaik yang merangkumi semua keperluan pemakanan anak kucing anda dalam pelbagai perisa yang lazat.

Bilakah anda perlu menukar anak kucing kepada makanan anak kucing?

Selain makanan anak kucing yang baru lahir, anak kucing boleh mencuba sedikit makanan dalam bentuk pepejal untuk membiasakannya dengan makanan itu. Pada usia 2 bulan, selalunya ia telah bercerai susu dan beralih daripada makanan anak kucing yang baru lahir kepada makanan anak kucing basah.  

Makanan yang perlu dielakkan?

Anda mungkin berniat baik, namun, sesetengah makanan manusia tidak disyorkan untuk kucing. Makanan manusia mengandungi kalori yang tinggi, dan kurang kandungan nutrien penting yang diperlukan oleh kucing. Beberapa makanan yang kita makan boleh menjadi sangat berbahaya kepada kucing. Ini termasuk bawang besar dan bawang putih, susu dan produk tenusu, alkohol, anggur dan kismis, kafein, coklat, telur mentah dan daging, dan sisa serpihan lemak dan tulang.

Apa yang perlu anak kucing anda minum?

Adalah penting untuk memastikan anak kucing anda sentiasa terhidrat, terutamanya jika anda memberinya makanan kering. Anak kucing tidak memerlukan susu setelah ia bercerai susu. Selain susu, memberi air bersih dan segar untuk ia minum adalah lebih baik. Pastikan anak kucing anda disediakan dengan air segar untuk diminum di mana sahaja dan bila-bila masa ia memerlukannya. Umumnya, anda perlu mula memberinya air untuk diminum sebaik sahaja anda mula memberinya sedikit makanan pepejal. Sediakan air bersih dan segar dalam mangkuk yang cetek untuknya. Adalah lebih baik untuk meletakkan bekas-bekas minuman ini di tempat-tempat di mana ia suka berehat. Anda tidak boleh meletakkannya di tempat yang sama seperti di tempat ia makan.

Berapa kerap anda perlu memberi anak kucing makan?

Anak kucing perlu diberi makan dengan kerap dalam jumlah yang kecil sepanjang hari. Untuk anak kucing berusia lebih dari 3 bulan, makanan anak kucing boleh diberikan 4 hingga 5 kali sehari. Dari 6 hingga 12 bulan, kekerapan memberi makan boleh dikurangkan kepada 2 hingga 4 kali sehari.

Whiskas brand imagery