Tip Memberi Makan kepada Kucing Anda

Makanan Khas untuk Anak Kucing
Untuk minggu 4-5 pertama, anak-anak kucing akan mendapat zat makanan penting dari ibu kucing dan biasanya akan bercerai susu selepas 7 minggu. Bagaimanapun anda boleh mula menyediakan makanan bermula minggu ke-4.
Perut Kecil dengan Selera yang Besar
Anak kucing mungkin kecil, tetapi mereka membesar 15 kali lebih laju daripada bayi!
Anda boleh memberi makanan dalam kuantiti yang kecil dan lebih kerap setiap hari dan boleh dimulakan dengan sajian sebanyak 6 kali sehari sebagai permulaan.
Jumlah makanan untuk anak kucing sehingga kucing dewasa
Resipi anak kucing Whiskas® sesuai untuk anak kucing berusia lebih 2 bulan. Anak kucing boleh makan 3-4 kali sehari sehingga berusia 6 bulan, selepas itu anda boleh memberi 2-4 hidangan sehari.
Anak kucing boleh makan makanan kucing dewasa apabila berusia 10-12 bulan.
Makanan yang anak kucing perlu elak
Selepas anak kucing bercerai susu, mereka tidak akan dapat menghadam susu seperti dahulu, jadi, jangan memberi anak kucing susu lembu!
Air
Jika anda ingin anak kucing minum banyak air, jangan letakkan bekas air berhampiran dengan bekas najis. Tetapi, kalau anak kucing masih juga tidak minum air dengan konsisten, jangan risau, anak kucing memang begitu.
Membesar dengan baik dan sihat
Jika anda memberi makanan berkhasiat dan seimbang mengikut peringkat umur anak kucing, anda sepatutnya boleh melihat tanda-tanda ini dari fizikal anak kucing.