Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kucing Muntah Buih, Punca, Gejala dan Rawatan

Jika anda merupakan pemilik kucing, ada pasti biasa terdengar bunyi tersedak yang menunjukkan kucing anda sedang muntah ataupun hendak muntah.

Apakah keadaan muntah pada kucing?

Jika anda merupakan pemilik kucing, ada pasti biasa terdengar bunyi tersedak yang menunjukkan kucing anda sedang muntah ataupun hendak muntah.
Kebanyakan kucing memuntahkan gumpalan bulu, tetapi jika kucing anda muntah lebih kerap daripada kebiasaan, ia berkemungkinan disebabkan masalah kesihatan yang menggangu mereka. Kucing yang muntah dengan kerap adalah petanda mereka sakit, dan jika tidak dirawat, ia boleh menjadi lebih teruk. Jika anda mempunyai soalan mengapa kucing muntah buih, atau bagaimana menjaga kucing sakit, artikel ini boleh memberi maklumat kepada anda.

Sebab kucing muntah secara saintifik 

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kucing anda muntah. Kebanyakan kucing yang mendandan bulu diri sendiri cenderung untuk memuntahkan gumpalan bulu, ataupun memaksa diri untuk memuntahkan bulu yang ditelan semasa proses mendandan. Perubahan diet secara mendadak juga adalah satu lagi sebab biasa mereka muntah. Memperkenalkan makanan baru pada kucing anda boleh memberi kesan buruk terhadap sistem gastrointestinal mereka yang sensitif dan menyebabkan mereka muntah. Adalah lebih baik untuk perkenalkan makanan baharu pada si comel secara beransur-ansur dalam masa tujuh hari dengan mencampurkan makanan lama mereka dengan makanan baharu. Mulakan dengan mencampur sedikit makanan baru dengan makanan lama dan tambah sedikit demi sedikit peratusan makanan baru selama seminggu sehingga mereka dapat menyesuaikan diri dengan makanan baru.

Kucing juga muntah untuk mengeluarkan cebisan makanan yang tidak hadam untuk mengelakkan ketidakhadaman. Anda tidak perlu risau dengan sebab ini, tetapi kucing anda boleh muntah disebabkan faktor merbahaya seperti serangan parasit atau bakteria, penyakit hati dan buah pinggang, diabetes atau jangkitan yang memerlukan rawatan doktor haiwan. Sekiranya kucing muntah secara berterusan untuk masa yang panjang, ia boleh jadi petunjuk kesihatan yang tidak baik.

Bagaimana muntah boleh menjejaskan kesihatan kucing anda?

Muntah dengan kerap boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan si comel anda. Muntah dengan kerap menyebabkan kehilangan cecair badan seterusnya kucing anda akan dehidrasi dan lemah badan. Muntah lebih kerap daripada biasa juga menyebabkan bengkak dalaman dan keradangan, dan kehilangan nutrien penting di dalam badan. Jadi, bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan apabila kucing muntah lebih kerap daripada biasa.

Kepentingan mencegah muntah pada kucing

Kucing memuntahkan gumpalan bulu adalah keadaan biasa, tetapi jika mereka muntah lebih kerap daripada biasa, adalah penting untuk mencegahnya daripada muntah. Ia bukan sahaja mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, tetapi memastikan kucing anda tidak lemah dan dapat pulih dengan mudah. Walau bagaimanapun, jika muntah berterusan, sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan bantuan profesional daripada doktor haiwan berhampiran anda

Kenapa kucing muntah?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kucing boleh muntah. Doktor haiwan boleh menentukan sebab yang mungkin berdasarkan jenis muntah kucing anda. Kategori muntah kucing seperti di bawah:

  • Warna

    Muntah kucing selalunya berwarna, dan warna bergantung pada penyebab muntah. Warna muntah seperti kuning, oren atau hitam disebabkan cebisan makanan yang tidak hadam.  Muntah jernih pula menunjukkan perut kosong yang seterusnya menyebabkan regurgitasi air liur.

  • Berbuih

    Jika kucing muntah buih, ia adalah akibat hempedu.Muntah yang berbuih dikalangan kucing selalunya berwarna kekuningan atau kehijauan. Persoalannya, mengapa kucing muntah buih, ia dikenali sebagai kesan pengumpulan hempedu dalam badan.

  • Berdarah

    Kehadiran darah di dalam muntah kucing bukanlah senario biasa, ia selalunya petanda kucing anda sedang sakit atau mengalami keadaan yang memerlukan perhatian profesional dengan segera.

Muntah berwarna

Muntah berwarna kerap terjadi pada kucing tetapi ia tidak bermaksud keadaan kesihatan mereka membimbangkan. Kebanyakan kucing mahukan bulu yang bersih dengan mendandan sendiri, mereka kerap tertelan bulu yang gugur dan seterusnya terkumpul di dalam perut mereka. Kuantiti bulu yang banyak tidak dapat dihadam perut secara semulajadi, seterusnya menjadi gumpalan bulu yang akan dimuntahkan kucing anda dari masa ke semasa. Anda boleh membantu mendandan bulu mereka untuk membuang lebihan bulu gugur untuk mengelakkan kucing anda memuntahkan gumpalan bulu. Jika kucing muntah buih berwarna putih, jangan berlengah untuk berjumpa doktor haiwan. Kucing muntah berwarna hijau pula mesti dibawa berjumpa doktor pakar.

Walau bagaimanapun, muntah kronik pada kucing tidak boleh diabaikan kerana ia boleh menjadi simptom pada keadaan kesihatan yang lain. Punca kucing muntah boleh dikaitkan dengan gastroenteritis, alahan makanan atau penyakit parasit. Muntah berwarna merah, merah jambu atau hitam menunjukkan kehadiran darah di dalam muntah. Dapatkan rawatan profesional sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Muntah berbuih

Melihat si comel anda muntah boleh merisaukan, apa entah lagi melihat kucing muntah buih pasti membimbangkan semua pemilik kucing. Namun, terlalu awal untuk berasa risau tanpa diagnosis yang betul. Gumpalan bulu sering menyebabkan muntah berbuih, tetapi untuk kepastian, adalah penting untuk bejumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan kesihatan. Muntah putih, berbuih adalah disebabkan perut kucing kosong untuk jangka masa yang panjang, yang mengakibatkan regurgitasi lebihan hempedu dan air liur. Walau bagaimanapun, jika kucing muntah buih dalam jangka masa yang panjang berserta simptom lain seperti cirit-birit kucing atau pertambahan bulu gugur, ia mungkin berpunca daripada pemakanan yang tidak sesuai, penyakit radang usus, jangkitan gastrointestinal, atau penyakit hati atau buah pinggang, ia memerlukan perhatian profesional. Jika kucing muntah buih, diagnosis awal adalah berkesan untuk mendapat rawatan yang bersesuaian pada masa yang tepat dan mencegah keadaan menjadi lebih merosot. Kucing muntah buih berwarna putih juga boleh dilihat sebagai masalah kesihatan yang memerlukan diagnosis dan rawatan yang lengkap.

Muntah berdarah

Kucing anda muntah berdarah bukanlah satu petanda yang baik. Haematemesis atau muntah berdarah adalah petanda masalah kesihatan yang serius pada kucing anda. Kucing anda boleh muntah darah berwarna merah terang dan darah segar, atau darah separa hadam yang berwarna gelap bergantung pada punca muntah. Muntah berwarna gelap (darah separa hadam) dikaitkan dengan pendarahan usus yang memerlukan bantuan profesional. Muntah darah segar sering dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius, termasuk serangan virus  dan bakteria seperti virus ‘feline panleukopenia’, dan kecederaan trauma yang disebabkan tertelan sesuatu yang tajam dan toksik. Parasit usus seperti cacing gelang dan kanser juga boleh menjadi punca kucing muntah.

Jika kucing anda menunjukkan symptom kehadiran darah dalam muntah dan najis, jangan berlengah lagi untuk mendapakan rawatan yang terbaik daripada doktor haiwan. Jika kucing anda telah kehilangan darah yang banyak, doktor haiwan mungkin akan mencadangkan pemindahan darah. Oleh sebab itu, diagnosis awal sangat membantu untuk dapat memulakan rawatan dan mengelak keadaan yang buruk.

Bagaimana untuk menjaga kucing yang muntah?

Sama ada kucing memuntahkan gumpalan bulu atau menunjukkan petanda yang membimbangkan, anda tidak perlu berasa risau. Terdapat cara untuk memastikan kucing anda mendapat rawatan terbaik untuk pulih dengan cepat.

Penjagaan

Kucing anda berhak mendapat lebih kasih sayang dan penjagaan semasa mereka sakit. Bagi membantu si comel anda dalam tempoh sakit, apakah yang lebih baik daripada mendapat kasih sayang serta doa anda? Anda boleh menjaga kucing anda yang muntah dengan:

  • Pindahkan sementara kucing anda di tempat yang sunyi dan selesa. Kucing anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk pulih dengan rehat yang dia perlukan serta bebas gangguan. Disebabkan kucing muntah berwarna hijau, ia menunjukkan kucing anda perlukan masa rehat dan menghilangkan lemah badan.

  • Pastikan mereka mudah mencapai makanan kucing, air and kotak pasir kucing. Dengan makanan dan hidrasi yang betul, kucing anda akan pulih dalam masa yang singkat!

  • Mendandan kucing anda semasa mereka sakit bukan sahaja membuatkan kucing anda rasa disayangi dan tenang dengan kehadiran anda, bahkan ia juga memastikan kucing anda bersih dan memupuk ikatan lebih erat bersama.

  • Akhir sekali, jika kucing anda sakit, pastikan anda berunding dengan doktor haiwan bagaimana cara merawat. Merawat kucing anda dengan betul dapat memberi peluang melawan sakit dan pulih dengan cepat.

Plan diet

Jika kucing anda muntah dengan kerap daripada biasa, sebaiknya jangan beri makanan untuk sementara waktu kerana alahan makanan dan ketidakhadaman boleh menyebabkan muntah.

  • Tukar air di dalam mangkuk dengan kerap. Pastikan kucing kekal hidrasi dengan memberi air bersih.

  • Anda juga boleh cuba untuk memberi makan kucing dengan makanan yang biasa mereka makan dalam kuantiti sedikit atau memberi ikan atau ayam tawar yang dimasak dengan suhu rendah.

  • Jika kucing anda boleh menghadam makanannya yang biasa, anda boleh berikan  makanan yang sama pada kuantiti yang sikit setiap beberapa jam

  • Perhatikan kucing anda selama beberapa hari sebelum Kembali kepada diet asal

Kekerapan berjumpa doktor haiwan

Sekiranya kucing muntah lebih kerap daripada biasa, jangan berlengah lagi untuk berjumpa doktor haiwan. Jika kucing anda mengalami kesukaran menghadam makanan dan kerana kucing muntah berwarna hijau lebih tiga kali sehari, berjumpa doktor haiwan adalah keputusan yang bijak. Diagnosis awal membolehkan anda menjaga kucing anda dengan lebih baik, dan rancang rawatan lanjut bergantung pada tahap kesihatan kucing anda.

Langkah berjaga-jaga dan rawatan

  • Jika kucing anda menunjukkan symptom seperti muntah, adalah lebih baik asingkan mereka daripada haiwan peliharaan yang lain untuk mengelak daripada sebarang pencemaran

  • Elakkan kucing anda teruja. Pastikan mereka santai dan selesa, ia dapat membantu mereka pulih dengan cepat.

  • Pastikan tiada bahan kimia toksik atau objek berhampiran dengan kucing anda yang mungkin merbahaya jika tertelan.

Bagaimana produk Whiskas boleh bantu mencegah masalah kucing muntah

Whiskas menawarkan rangkaian premium makanan kering dan basah untuk kucing comel anda, ia bukan sahaja lazat tetapi juga memenuhi keperluan kucing yang muntah. Produk makanan Whiskas juga senang dihadam dan kaya dengan nutrient supaya kucing anda cepat sembuh!

Soalan Lazim berkenaan kucing muntah

 

Apa yang perlu dilakukan apabila kucing muntah?

Jika kucing anda muntah, adalah penting untuk keluarkan makanannya bagi mengelak sebarang ketidakhadaman. Anda juga boleh menukar air dalam mangkuk untuk memastikan mereka minum air bersih dan kekal terhidrat di sepanjang tempoh tersebut. Kemudian, anda boleh memperkenalkan ikan atau ayam yang dimasak dengan suhu rendah di dalam diet mereka, serta pastikan beri mereka kuantiti sedikit sahaja. Jika kucing muntah berwarna hijau, anda mesti dapatkan sokongan dan rawatan kesihatan profesional.

Kenapa kucing tidak mahu makan dan muntah?

Kucing anda boleh muntah disebabkan beberapa faktor, faktor utama adalah alahan pada makanan atau ketidakhadaman. Kucing anda juga boleh jatuh sakit dan enggan makan disebabkan masalah kesihatan seperti serangan parasit dan bakteria. Punca kucing muntah juga boleh disebabkan oleh penyakit penghadaman, buah pinggang atau hati.

Bagaimana untuk merawat kucing yang tidak mahu makan?

Jika kucing anda menunjukkan keengganan pada makanan tetapi bukan disebabkan sakit atau muntah, anda boleh memujuk kucing anda dengan memberi makanan yang telah dipanaskan, makanan yang berbau kuat (seperti ikan sardin) atau menyuap mereka.

Apakah punca kucing muntahkan makanan?

Terdapat beberapa sebab kenapa kucing anda muntahkan makanan. Selalunya kerana sebab yang tidak merbahaya seperti lebihan gumpalan bulu, ia juga mungkin sebab yang serius seperti serangan parasit atau bakteria, ketidakhadaman atau alahan makanan, pankreatitis, keracunan, tekanan dan kemurungan.

Apakah ciri-ciri kucing keracunan?

Kebanyakan kucing terdedah pada bahan toksik yang boleh menyebabkan keracunan. Anda boleh mengenal pasti kucing keracunan daripada simptom seperti batuk, muntah, bengkak atau keradangan, air liur keluar secara berlebihan dan keguguran, demam, sawan dan kekejangan, hilang selera makan, cirit-birit, merasa lebih dahaga dan kerap kencing, dan sebagainya.

Whiskas brand imagery