Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kucing Sembelit : Panduan untuk punca, gejala dan rawatan.

Jika anda pernah menjadi ibu bapa kucing, anda pasti akan berasa resah atau khuatir apabila melihat bayi bulu anda mengalami sebarang ketidakselesaan yang mengganggu kesejahteraan amnya. Walaupun penting untuk sentaisa berprihatin terhadap rakan kucing kita, ia juga penting untuk mengenal pasti jika sesuatu situasi memerlukan perrhatian yang lebih rapi seperti gejala sembelit kucing.

Sembelit kucing adalah kejadian biasa di kalangan kucing. Ia dicirikan oleh ketidakupayaan untuk membuang air besar. Kucing yang mengalami sembelit sering mengalami ketidakselesaan atau kesukaran untuk menyingkirkan najis dari badannya.

Gejala-gejala kucing sembelit

Sebagai ibu bapa kucing yang prihatin, melihat si Manja kita mengalami simptom sembelit kucing boleh membimbangkan, tetapi jalan penyelesaiannya tidaklah begitu rumit. Sebaliknya, mempelajari tentang sebab-sebab dan simptom sembelit dalam kucing boleh membantu kita sentiasa mendapat maklumat yang lebih baik tentang apa yang bayi bulu tersayang kita alami, dan memberi mereka sokongan yang sangat diperlukan untuk mengatasi kesukaran ini. Oleh itu, yang dinyatakan di bawah adalah tanda-tanda umum kucing sembelit:

  • Ketidakselesaan yang nyata atau ekspresi kesakitan semasa cuba membuang air besar.
  • Mengelak bekas pasir sepenuhnya.
  • Meneran semasa hendak membuang air besar.
  • Hilang selera makan.
  • Najis kering, keras dan jarang buang air besar.

Apa yang menyebabkan sembelit pada kucing?

  • Bekas Pasira tau Litter Box

    Jika anda pernah menjadi ibu bapa kucing, anda tahu bahawa kucing sangat teliti dan kemas mengenai ruang peribadi mereka, termasuk menggunakan bekas pasir atau litter box mereka. Mereka mungkin mengelak daripada buang air sama sekali jika bekas pasir mereka tidak kemas atau mengikut kehendak mereka. Sama seperti kucing sembelit, bekas pasir yang tidak kemas sering menjadi punca utama di sebalik sembelit kucing.

  • Dehidrasi

    Tidak semua kucing gemar dengan air, dan ia juga mungkin mencerminkan pengambilan air harian mereka. Dan dalam kes yang melampau, kucing sembelit sering mengalami dehidrasi, yang menjejaskan penghadaman mereka, yang membawa kepada sembelit kucing.

  • Penyakit Yang Mendasari

    Walaupun sembelit cukup tidak selesa, sembelit kucing sering dianggap sebagai salah satu simptom penyakit asas yang paling jelas dalam kucing. Sembelit kucing sering merupakan gejal atau petunjuk kepada senak, keradangan dalam usus, parasit, alahan, kecederaan pelvis dan juga kanser.

  • Halangan

    Kucing sembelit boleh berasa seperti tersumbat apabila terdapat halangan dalam usus mereka, yang boleh menyebabkan kesukaran semasa membuang air besar. Halangan atau usus tersumbat akibat obesiti, hernia atau ubat tertentu boleh menghalang bahan makanan atau cecair yang dicerna daripada disingkirkan secara semula jadi, mengakibatkan sembelit kucing. Jadi, ianya penting untuk mengekalkan berat badan kucing yang sihat dan menggalakkan anak bulu anda untuk mengelakkan sistem pencernaannya tersumbat.

  • Tidak Cukup Bersenam

    Tubuh kucing yang langsing, kurus dan kaki yang teguh secara amnya sepadan dengan gaya hidup bertenaga dan cergas mereka, menjadikan senaman kucing penting untuk kesejahteraan umum mereka. Obesiti boleh menyebabkan kucing berhenti melakukan aktiviti seharian mereka, dan kekurangan senaman kucing ini sering dapat mengakibatkan sembelit kucing.

Bagaimana Doktor Mendiagnosis Sembelit Kucing?

Mengelakkan bekas pasir atau membuang air besar adalah simptom jelas sembelit kucing, yang boleh menyedari ibu bapa kucing jika si comel tersayang mereka berasa tersumbat. Dalam kes sembelit kucing di mana lawatan ke doktor haiwan diperlukan, doktor haiwan mungkin mendiagnosis sembelit dengan memeriksa keadaan najis. Selain itu, doktor haiwan anda juga boleh menjalankan beberapa ujian sebelum membuat diagnosis.

Rawatan Perubatan untuk Sembelit Kucing

Sembelit kucing, walaupun disangkakan serius dan mengakibatkan tekanan, tidak selalunya perlu mewujudkan kebimbangan kerana ia biasanya boleh diselesaikan dengan ubat-ubatan tanpa preskripsi. Miralax dan Metamucil biasanya ditetapkan oleh doktor haiwan untuk merawat tanda-tanda sembelit di kalangan kucing.

Petua Merawat Sembelit Kucing

Dinyatakan di bawah adalah ubat sembelit kucing jika si Comel anda menunjukkan gejala kucing sembelit, membuatkan anda tertanya-tanya apakah cara merawat kucing sembelit atau apakah cara ubat kucing sembelit. 

  • Tingkatkan Penggunaan Air

    Memandangkan dehidrasi adalah punca utama sembelit kucing, meningkatkan pengambilan air oleh kucing anda boleh meningkatkan pergerakan usus mereka dengan ketara, mengelakkan gejala sembelit kucing.

  • Cuba Diet Baru

    Tawarkan diet yang kaya dengan nutrien yang terdiri daripada probiotik untuk kucing sembelit dan bahan-bahan serat untuk meningkatkan kebolehan pencernaan kucing anda. Walaupun probiotik meningkatkan potensi enzim yang dikeluarkan semasa proses penghadaman, serat membantu melembutkan dan menambahkan berat badan pada najis kucing yang sembelit, menjadikannya lebih mudah untuk disingkirkan.

  • Bantu Kucing Anda Mengekalkan Berat Badan yang Sihat:

    Mengekalkan berat kucing yang sihat adalah penting untuk anak bulu kita untuk mengelakkan sembelit. Jika kucing melebihi berat kucing yang sihat, ia boleh menjejaskan pergerakan usus biasa mereka, yang membawa kepada sembelit kucing. Jadi, sebagai ibu bapa kucing, ianya penting untuk menggalakkan bayi bulu anda mengekalkan berat badan kucing yang sihat dan mengelakkan risiko sembelit kucing.

  • Tingkatkan Senaman 

    Senaman kucing boleh memainkan peranan penting dalam menguatkan otot perut dan sterusnya meningkatkan pergerakan usus. Jadi, pastikan anda menggalakkan si gebu anda untuk bersenam dan sentiasa cergas untuk mengelakkan gejala kucing sembelit.

  • Tambahkan Bekas Pasir atau Litter Box

    Memandangkan betapa istimewa dan kemasnya kucing, menambah lebih banyak litter box di sekeliling rumah boleh membantu dalam mengalakkan mereka membuang air besar dan mengelakkan sembelit. Selain itu, menyediakan bekas pasir yang berasingan dalam isi rumah berbilang kucing adalah penting untuk mengelakkan penyakit dan jangkitan kuman.

  • Pantau Kucing Anda untuk Gejala Sembelit

    Walaupun sembelit kucing tidak mempunyai penawar ajaib, berprihatin terhadap kesihatan kucing anda boleh membantu si manja anda melawan gejala sembelit kucing.

Apakah perancangan jangka panjang untuk kucing dengan masalah ini?

Risau tentang cara merawat kucing sembelit? Walaupun sembelit kucing agak tidak selesa, ia tidak perlu dikhuatiri kerana hampir semua kucing dapat menjalani cara hidupseperti kucing yang lain. Walau bagaimanapun, sembelit berterusan selalunya merupakan gejala gangguan kesihatan yang mendasari, dan kes sedemikian biasanya memerlukan perhatian veterinar.

Soalan Lazim

Perlukah saya memantaukucing saya untuk sembelit?

Walaupun sembelit dalam kucing tidak menimbulkan risiko yang ketara dengan begitu sahaja, ia biasanya dianggap sebagai petunjuk masalah kesihatan mendasari yang memerlukan perhatian. Oleh itu, ianya penting untuk memerhatikan kucing anda, berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan tanda sembelit.

Berapa lama kucing saya boleh pergi tanpa buang air?

Walaupun sesetengah kucing yang mengalami sembelit kucing boleh pergi tanpa membuang air besar selama 24 hingga 48 jam apabila berasa tertekan, mengelakkan membuang air besar lebih daripada 48 adalah petunjuk yang terdapat gangguan kesihatan atau ketidakselesaan fizikal yang mungkin memerlukan perhatian veterinar.

Bolehkah anak kucing mengalami sembelit juga?

Ya, seperti kucing yang lebih tua, anak kucing dan kucing muda secara umunya boleh mengalami sembelit. Dan oleh kerana sembelit mendatangkan kesan yang lebih serius dalam kes anak kucing, ianya penting untuk memantau pergerakan usus bayi bulu kanda dengan teliti untuk sebarang keganjilan.

Apakah julap semulajadi untuk kucing?

Ibu bapa kucing sering mencari rawatan sembelit kucing buatan sendiri atau dirumah untuk membantu apabila bayi bulu mereka berasa tersumbat. Dan walaupun ubat yang sesuai hanya boleh diberikan setelah diluluskan oleh doktor haiwan, makanan kaya serat, halia dan labu adalah julap semula jadi yang boleh membantu melegakan sembelit untuk kucing.

Bagaimanakah saya boleh merangsang kucing saya untuk membuang air besar?

Walaupun sembelit kucing tidak memerlukan perhatian kecemasan, ianya penting untuk merangsang anak bulu anda untuk membuang air besar. Mengekalkan berat badan kucing yang sihat, meningkatkan pengambilan air mereka, mengalakkan senaman kucing dan mencuba pemakanan yang sihat boleh merangsang kucing untuk membuang air besar tanpa kesulitan.

Whiskas brand imagery