Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Membawa kucing berjumpa Doktor Haiwan

“Secara semula jadi, kucing anda mempunyai jiwa yang suka bersendirian dan berdikari; namun begitu, penting untuk anda membawanya berjumpa doktor haiwan jika anda bimbang tentang kesihatannya”

Secara semula jadi, kucing anda mempunyai jiwa yang suka bersendirian dan berdikari. Sama seperti saudara-saudara kucing besarnya di hutan belantara, ia telah terbiasa menjaga dirinya sendiri. Namun adakalanya ia memerlukan sedikit pertolongan. Ini sebabnya mengapa penting untuk anda membawanya berjumpa doktor haiwan jika anda bimbang tentang kesihatannya.

Jadi lakukan persiapan dengan dengan menyimpan maklumat hubungan doktor haiwan di tempat anda, termasuklah waktu operasinya dan arahan-arahan untuk nombor kecemasan selepas waktu operasinya. Jangan lupa, jika anda tidak boleh membawa kucing anda ke klinik, doktor haiwan anda masih boleh memberi nasihat kepada anda melalui telefon.

Membawa kucing berjumpa Doktor Haiwan Berfikir ke hadapan

Jika anda berpendapat kucing anda memerlukan bius, anda boleh membantu doktor haiwan dengan memastikan kucing anda tidak makan atau minum sebelum anda menghantarnya dan malahan ketika waktu kecemasan, cuba hubungi  doktor haiwan anda terlebih dahulu  untuk memberitahunya bahawa anda sedang dalam perjalanan ke kliniknya. Ini boleh memberi mereka masa untuk membuat persiapan bagi ketibaan anda.

Membawa kucing berjumpa Doktor Haiwan Menjadikan perjalanan itu selesa

Untuk keselamatan kucing anda, adalah penting untuk memastikan kucing anda dikurung semasa melancong. Penggunaan sangkar kucing yang berkunci adalah pilihan yang terbaik. Sekiranya anda tidak mempunyai sangkar kucing, sebaliknya anda boleh menggunakan kotak kadbod yang kukuh. Pastikan anda membuat potongan atau menebuk beberapa lubang kecil untuk pengudaraan, dan ikat kotak tersebut dengan kemas supaya kucing anda tidak dapat melompat keluar.

Adalah menjadi satu perkara biasa untuk anda berasa bimbang tentang  keselesaan kucing anda semasa perjalanan, tetapi jangan meletakkan terlampau banyak kusyen di dalam sangkar atau kotak – jika anda berbuat demikian, tidak ada ruang untuk kucing anda! Baju panas yang lama atau beberapa helai surat khabar, sudah memadai baginya.

Sama ada ia adalah lawatan rutin ke doktor haiwan, atau disebabkan oleh kecemasan, paling mustahak adalah untuknya berada dalam keadaan tenang. Dengan meggunakan kata-kata yang menenangkan dan memberi mainan yang ia kenali, anda akan membantu kucing anda untuk berasa seselesa yang mungkin.

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang