Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Berbulu Pendek Oriental

Baka Kucing Berbulu Pendek Oriental

Kucing Oriental Shorthair adalah seekor kucing yang memiliki sifat ingin tahu dan berkeyakinan, di mana kedua-dua sifat ‘yang tidak tahu duduk diam’ dan merupakan suatu ancaman untuk dimiliki di rumah.  Baka ini sangat berkarisma dan cerdas, suka mengambil risiko dan tidak boleh dihindari  tetapi menawan hati semua orang yang berhubung dengannya! Sebagai seekor kucing yang memiliki sikap percaya diri, kucing Oriental suka bersama dengan semua ahli keluarga dan akan ceria  mengambil bahagian dalam semua aktiviti harian sama ada bermain di taman atau duduk di atas pangkuan anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda. Kucing Oriental Shorthair dibiakkan pada tahun 1960-an dengan mengawankan kucing Siam dengan baka kucing berbulu pendek British, Eropah dan Amerika dan oleh kerana itu, kucing ini  banyak mewarisi ciri-ciri kucing Siam. Keperibadiannya menyerupai kucing Siam, justeru, ianya mempunyai banyak akal, menuntut, mesra dan sangat ekstrovert, kesemuanya pada masa yang sama. Mereka suka 'berbicara', tetapi tidak sebecok seperti keturunan kucing Siamnya. Mereka suka dengan keberadaan manusia dan tidak suka dibiarkan bersendirian dalam tempoh yang lama - mereka akan berkejaran untuk menyambut pemiliknya semasa pulang ke rumah dan juga mahu bermanja dengan anda sebelum anda melakukan aktivit-aktiviti lain.

Whiskas brand imagery