Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Chinchilla

Baka Kucing Chinchilla

Kucing Persia yang mewah masih sangat popular dan paling banyak dicari oleh pencinta kucing. Chinchilla adalah kucing yang menakjubkan dengan bulu berwarna keperakan manakala kucing asli Persia berasal dari Turki dan memiliki bulu berwarna putih yang tebal.


Kucing yang ceria dan mesra ini adalah haiwan yang bersaiz besar dengan bentuk badan segi empat dan muka yang bulat dan rata berserta telinga yang kecil. Matanya yang berwarna hijau terang serupa dengan warna penghujung bulunya. Bulunya yang panjang dan lembut bak sutera adalah diserlahkan dengan lebih lanjut melalui ekornya yang berbulu tebal. Warna keseluruhannya adalah putih dengan bahagian hujung berwarna hitam yang menyebabkan ianya kelihatan berkilauan.


Salah satu kucing Chinchilla yang paling terkenal dikenali sebagai Silver Lambkin yang dipercayai sebagai pemilik asal warna yang unik ini, yang telah membolehkan ianya untuk memenangi banyak anugerah penting di Crystal Palace Show di London pada tahun 1888. Kucing yang elegan ini berasal dari Amerika dan UK dan adalah bersifat lebih terbuka berbanding kebanyakan kucing Persia yang lain! Mereka memiliki suara yang merdu dan cepat menyesuaikan diri dengan mana-mana persekitaran baru di mana mereka mungkin ditempatkan. Tabiatnya yang ‘tenang’ membuatkan mereka haiwan peliharaan keluarga yang ideal bagi mereka yang mempunyai masa untuk menyikat dan merapi kucing ini setiap hari.

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang