Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Cornish Rex

Baka Kucing Cornish Rex

Cornish Rex muncul sekitar tahun 1950-an di Cornwall, U.K. setelah seorang petani Cornish menemui seekor anak kucing yang berbulu kerinting di kalangan anak-anak kucing kepunyaan kucing ladangnya. Beliau membawa anak kucing tersebut ke doktor haiwan beliau, yang telah mencadangkan supaya beliau mengawankan kucing tersebut dengan ibunya semula untuk melihat hasilnya, di mana petani tersebut telah menerima kejutan di mana kesemua anak-anak kucing yang baru dilahirkan itu memiliki bulu keriting yang sama.


Kucing yang anggun ini dengan tubuh yang langsing dan berotot, mempunyai hidung yang tajam dan nyata, serta bulu yang keriting dan menakjubkan yang kelihatan dan terasa seperti kain baldu.  Kucing yang memiliki bulu yang rendah alahan seperti "poodle" ini mudah dipelihara dan mempunyai kos pemeliharaan yang rendah dan boleh menjadi baka yang ideal untuk ramai penghidap penyakit asma (lelah), yang sebelumnya tidak dapat memiliki kucing dan tidak berpeluang untuk merasai keceriaan dan kegembiraan mempunyai kucing di rumah.


Kucing yang penyayang, bijak, waspada dan suka bermain ini senang dengan kehadiran manusia dan inginkan perhatian. Ini adalah haiwan penyayang yang sentiasa bertenaga dan akan menjadi haiwan peliharaan yang mempesonakan untuk kanak-kanak atau orang tua. Mereka mudah berasa bosan jadi anda perlu memberi mereka banyak mainan untuk bermain jika anda tidak berada di rumah untuk jangka masa yang panjang seperti pergi bekerja. Mereka biasanya serasi dengan kucing dan anjing lain daripada isi rumah yang sama. Kebanyakan orang bersetuju bahawa apabila mereka telah memiliki Cornish Rex, mereka enggan untuk bertukar ke baka lain.

Whiskas brand imagery