Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Hutan Siberia

Baka Kucing Hutan Siberia

Kucing Siberia yang menakjubkan ini sangat dicintai di seluruh dunia dan dianggap sebagai kucing kebangsaan negara Rusia. Walaupun catatan sejarah mengenainya agak kurang lengkap, kita mengetahui bahawa kucing Siberia  telah menjadi kesayangan kepada pencinta kucing hampir 1000 tahun dan pertama kali ia tiba di Australia adalah pada tahun 2003. Siberia merupakan jenis kucing yang besar, kuat, yang boleh mengambil masa sehingga lima tahun untuk menjadi matang. Kucing Siberia dikenali kerana ketangkasan dan kekuatan otot-ototnya yang memberi mereka keupayaan yang luar biasa untuk melompat dengan jarak yang jauh. Bulunya yang panjang itu boleh dikatakan mempunyai kualiti yang sangat baik dan terdapat dalam pelbagai variasi warna termasuk berbelang-belang, mempunyai satu warna sahaja dan berbelak-belak. Kucing Siberia adalah haiwan yang sangat pintar dan setia yang suka menyambut pemiliknya di pintu ketika mereka pulang ke rumah. Kucing Siberia mengeluarkan  suara dengkuran dan bunyi kicauan yang unik yang menambahkan lagi kualiti menarik pada kucing ini. Sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi segala kemungkinan apabila anda berkongsi rumah dengan kucing Siberia – ia sangat suka dengan air dan telah diketahui menjatuhkan mainan ke dalam sinki kosong, atau ke dalam air. Baka ini belum lagi menjadi baka yang umum di Australia. Maklumat lanjut tentang kucing yang cantik ini boleh didapati daripada peternak yang disenaraikan di bawah

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang