Baka Kucing

Kembali
Baka Kucing Korat

Baka Kucing Korat

Korat adalah salah satu baka kucing tertua di dunia dan ianya dikenali sebagai "Si-Sawat" di negara asalnya, Thailand – iaitu kucing suci dan pembawa tuah. Mengikut legenda, bulu Korat yang berwarna perak menandakan kekayaan kepada para saudagar dan pedagang, hujan kepada petani dan perkahwinan dan rumah yang bahagia kepada para pengantin perempuan.

 

Di Thailand, adalah menjadi adat untuk memberi sepasang Korat kepada pengantin perempuan pada hari perkahwinannya. Di luar Asia, baka ini mula menjadi popular di Amerika Syarikat pada awal 1950-an dan seterusnya di UK pada tahun 70-an. Ianya kekal diminati di kedua-dua belah Atlantik bahkan sehingga ke hari ini.

 

Haiwan ini memiliki bulu biru yang cantik, manakala matanya yang besar, menonjol dan berwarna hijau berkilauan atau emas kehijauan, adalah menakjubkan, peka dan sangat ekspresif. Ia adalah haiwan yang sangat pintar dan mudah dilatih untuk mengambil mainan ataupun di bawa berjalan bersama dengan tali. Namun demikian, Korat memiliki perwatakan yang tegas untuk memberitahu anda apa yang disukai dan tidak sukai - terutamanya apabila anda agak lambat memahami mesejnya!

 

Korat adalah haiwan yang cantik dengan sifat lembut dan bijak yang membolehkannya menjadi rapat dengan pemiliknya. Akan tetapi, walaupun ia adalah baka yang sesuai untuk kebanyakan rumah, bakal pemilik perlu sedar bahawa mereka memerlukan ruang peribadi dari masa ke semasa dan harus diberikan suatu tempat yang sunyi yang membolehkannya untuk menyendirikan diri.

Adakah anda tahu cara pemberian makanan yang betul setiap hari bagi kucing-kucing anda?
Panduan Pemberian Makanan
Untuk pemakanan yang lengkap dan seimbang
®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
เปลี่ยนมื้อเดิมๆ ให้พิเศษเกินห้ามใจ

ISIKAN MAKLUMAT ANDA UNTUK MENDAPATKAN BAUCAR DISKAUN

ISIKAN MAKLUMAT MENGENAI ANDA UNTUK MENDAPATKAN BAUCAR DISKAUN
ISIKAN MAKLUMAT MENGENAI ANDA UNTUK MENDAPATKAN BAUCAR DISKAUN

Sila isikan maklumat pada ruang yang disediakan. Tanda asterik (*) menunjukkan bahawa maklumat ini wajib diisi.

MENGENAI ANDA

MENGENAI HAIWAN PELIHARAAN ANDA

Kami ingin terus memberikan anda dengan maklumat terkini mengenai semua promosi menarik dan perkembangan produk baru di Mars Petcare yang kami rasa akan menarik minat anda (untuk maklumat lebih lanjut: https://www.mars.com/made-by-mars/petcare). Dari masa ke masa, kami juga mungkin menggunakan data anda untuk penyelidikan bagi meningkatkan penawaran produk dan perkhidmatan kami kepada pengguna kami. Sekiranya anda berumur lebih dari 16 tahun, sila sahkan kebenaran anda dengan menekan klik seterusnya.

Saya faham bahawa saya mungkin mengubah keutamaan-keutamaan ini pada bila-bila masa dengan menghubungi pasukan privasi di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan data anda, sila lihat pautan https://www.mars.com/privacy.

Tahniah!

Nikmati potongan diskaun 10% untuk pembelian Whiskas Tasty Mix secara atas talian anda yang seterusnya. Semoga teman berbulu anda menikmati Whiskas Tasty Mix kami yang lazat!

MARSTASMX
Voucher codeWHISTMX10
Voucher period : 1st Aug – 31st Oct, 21
Cookie Consent