Baka Kucing

Kembali
Baka Kucing Moggie

Baka Kucing Moggie

Kucing domestik yang lazimnya dikenali sebagai 'moggie' ini adalah kucing yang paling biasa didapati di kediaman-kediaman serata UK. Kucing ini tidak mempunyai baka yang tertentu dan adalah berketurunan daripada Kucing Liar Afrika yang bertebaran sekitar 8,000 tahun sebelum Masehi dan boleh ditemui di hampir setiap tempat yang mempunyai kediaman manusia.


Sesetengah baka kucing memiliki perwatakan tertentu tetapi kucing moggie tidak mempunyai ciri sedemikian.  Disebabkan pembiakan mereka yang secara rambang, mereka tidak mempunyai rupa ataupun perwatakan yang tentu. Mereka memiliki personaliti yang bebas dan boleh didapati dalam pelbagai warna dan jenis bulu.


Semua kucing memerlukan perapian tetapi disebabkan oleh gen bulunya yang pendek, kebanyakan kucing moggie tidak begitu memerlukan perapian - kecuali, sudah tentu, untuk menyikat bulunya sesekali sekala bagi mengelakkan daripada menjadi kusut. Kucing moggie tentunya jenis kucing yang mudah untuk dipelihara yang senang bersama manusia dan gemar mengekori pemiliknya sekeliling rumah. Mereka merupakan pilihan haiwan peliharaan yang ideal untuk sama ada keluarga ataupun individu yang hidup bersendirian... mereka benar-benar unik!

Adakah anda tahu cara pemberian makanan yang betul setiap hari bagi kucing-kucing anda?
Panduan Pemberian Makanan
Untuk pemakanan yang lengkap dan seimbang
®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent