Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Singapura

Baka Kucing Singapura

Jalan-jalan di Singapura merupakan tempat asal  kucing yang cantik ini. Nama yang membanggakan ini, iaitu Singapura, diambil dari kosa kata bahasa Melayu untuk Singapura, dan ianya merupakan kombinasi kedua corak bulu yang berjalur dan berwarna coklat tua di Asia Tenggara. Hari ini, pembiakan baka kucing yang yang dilakukan secara berhati-hati, telah menyumbang kepada  penyusutan bilangan kepelbagaian kucing pedigri, tetapi ianya baka yang sangat digemari dan diterima secara meluas. Kucing-kucing ini juga boleh didapati di kebanyakan negara di dunia. Adakala ianya  digambarkan oleh pemiliknya sebagai "si pendesak", adalah jenis ekstrovet, memiliki sifat ingin tahu dan sangat suka bermain, tetapi ia tidak akan memusnahkan apa-apa barang – tidak dengan sengaja. Kucing Singapura adalah kucing yang bijak dan berinteraktif dengan orang ramai, dan menjadikan peneman yang baik di kala "suka dan duka". Kucing Singapura adalah sejenis kucing yang kecil dan berbulu pendek  dengan mata besar yang berwarna perang, hijau atau kuning. Warna bulunya agak unik dan kelihatan sama dengan kugar. Panjang ekornya biasa, kakinya sangat kecil, badannya lebih kecil, berukuran sederhana dan agak berotot. Sekiranya anda ingin membela kucing yang boleh dipercayai, haiwan yang cantik ini dengan ketangkasan untuk bermain, bijak dan penampilannya yang unik akan memikat hati anda ketika anda melihatnya.

Whiskas brand imagery