Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Tonkinese

Baka Kucing Tonkinese

Kucing Tonkinese mempunyai sejarah yang eksotik dan berbahaya kerana ia berasal dari Teluk Tonkin, yang terletak di selatan negara China dan timur Vietnam Utara yang mengikut sejarah dinamakan Tongking. Di sini juga merupakan tempat lanun-lanun yang ganas, cuaca panas yang melekit dan asal-usul nama bagi Kucing Tonkinese – kacukan di antara keturunan kucing Burma dan Siam. Sempadan di antara  negara Thailand dan Burma dipanggil Tanen Tong Dan yang diterjemahkan sebagai Sempadan Emas dan, ditambah pula dengan fakta bahawa perkataan Thai untuk emas adalah Tong, adalah tajuk yang logik bahawa gelaran alternatif untuk "Tonk" seharusnya muncul sebagai Kucing Siam Keemasan (Golden Siamese) - mungkin sebahagiannya berasal dari Kucing Asia Keemasan (Cat Golden Asia). Tetapi apa pun permulaannya, Tonkinese adalah haiwan yang hebat dan akan menambahkan lagi keceriaan di mana-mana rumah. Kebanyakan kucing yang dibawa ke Barat dahulu dan dianggap sebagai kucing Burma atau Siam, sebenarnya kucing Tonkinese. Maka tidak menjadi suatu kehairanan berlakunya kesilapan kerana ketiga-tiga jenis baka mempunyai ciri-ciri visual yang serupa. Tonkinese telah wujud di Barat sekarang selama sekurang-kurangnya 100 tahun. Menjelang akhir pemerintahan Ratu Victoria, kucing yang pada mulanya ditentukan sebagai Tembaga (Kucing Burma), dieksport dari Singapura kepada penternak-penternak berbangsa Inggeris yang menggambarkannya sebagai variasi berwarna "coklat" daripada kucing di raja Siam. Tonkinese adalah kucing yang sangat elegan dan pantas mencuri hati semua orang walaupun kewujudannya masih baharu. Kucing pintar dan penyayang ini kini dikembangbiakkan sebagai baka yang diiktiraf di Australia. Jika anda ingin berkongsi rumah anda dengan kucing yang sangat menyenangkan dan cantik, maka anda perlu melihat dengan teliti kucing Tonkinese. Ia adalah haiwan yang kuat dan boleh hidup di kebanyakan tempat di Australia tanpa kesulitan dan menjadikannya teman yang mesra yang mana setelah anda memiliki salah satu daripada kucing-kucing ini, anda akan terus kembali kepadanya.

Whiskas brand imagery