Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Abisinia

Baka Kucing Abisinia

Binatang anggun ini menyerupai versi kecil sejenis kucing liar yang dikenali sebagai kugar. Kucing yang jenis kemerah-merahan ini mempunyai bulu yang amat mempesonakan. Sekiranya anda mengingini jenis binatang yang anggun, anda mungkin boleh mempertimbangkan baka kucing yang cantik ini yang juga merupakan ahli kelompok bangsawan.


Salah satu baka kucing peliharaan tertua di dunia, yang juga dipercayai berasal daripada keturunan kucing suci dari Mesir, berdasarkan lukisan-lukisan dan arca-arca Mesir. Kucing baka Abisinia zaman kini adalah dibiakkan dengan teliti berdasarkan warna, corak dan jenisnya. Bentuk badannya yang langsing dan panjang, adalah berpadanan dengan matanya yang besar serta bulu yang gebu.


Salah satu ciri kucing ini yang paling menakjubkan adalah matanya - mata yang berbentuk bujur ini mampu memukau setiap orang yang memandangnya.  Gerak-geri kucing ini menyerupai harimau kumbang apabila bermain dan menyertai aktiviti-aktiviti. Di samping penampilan yang anggun, kucing ini juga dirahmati pergerakan seperti penari.


Dengan perwatakan yang amat penyayang dan lembut, selagi dijaga dengan baik, mereka akan menjadi haiwan peliharaan yang terbaik. Jenis kucing ini tidak bising, tetapi mereka suka memanjat dan oleh itu, pemilik kucing perlulah memberikan tumpuan terhadap aspek ini.  Kucing-kucing ini juga tidak suka dikurung, justeru itu, elakkan daripada mengurungi mereka. 

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang