Baka Kucing

Kembali
Kucing Baka Ocicat

Kucing Baka Ocicat

Kucing Baka Ocicat merupakan satu-satunya baka kucing tempatan yang bertompok yang dibiakkan secara selektif untuk "meniru" ciri-ciri kucing liar. Ocicat adalah haiwan yang besar dan aktif dengan badan yang kuat dan berotot, dan mempunyai bulu satin pendek yang memperlihatkkan tompok-tompoknya.


Pada tahun 1964, Ocicat yang asli adalah hasil yang tidak dijangka daripada percubaan eksperimen untuk menghasilkan Siam Aby-point (Aby-point Siamese), tetapi anak kucing berwarna putih gading dengan tompok-tompok keemasan yang terhasil menjadi satu kejutan - dan ianya diberikan nama sedemikian kerana persamaannya dengan ocelot - dan dengan serta-merta mereka disayangi oleh semua orang yang melihatnya, dan pembiakan tersebut telah diulangi untuk menghasilkan lebih banyak kucing yang hebat ini.


Tidak pernah ada usaha yang sebegitu besar untuk membiakkan kucing domestik sepenuhnya, yang mempunyai kecantikan kucing liar yang bertompok-tompk, dan pada masa yang sama dapat mengekalkan ciri-ciri kucing domestik yang penyayang dan mudah diramal. Walaupun Ocicat kelihatan liar, perwatakannya adalah lembut dan ia benar-benar setia kepada pemiliknya. Mereka agak pintar dan mudah dilatih. Kebanyakan kucing ini boleh diarah untuk mengambil benda, berjalan di atas tali, memberi respons terhadap arahan suara dan mudah menyesuaikan diri dengan peraturan isi rumah.


Sifatnya yang suka bergaul boleh menjadikan mereka kurang sesuai berbanding baka-baka lain untuk dibiarkan bersendirian bagi tempoh masa yang lama, tetapi mereka adalah pilihan yang baik sekiranya rumah tersebut mempunyai kucing atau anjing-anjing lain.


Meskipun Ocicat merupakan kucing eksotik, mereka mudah dijaga dan tidak memerlukan penjagaan khusus. Makanan mereka sama seperti mana-mana kucing domestik yang lain dan bulunya yang pendek hanya perlu dimandi dan dirapikan sekali-sekala. Mereka tidak terdedah kepada mana-mana masalah kesihatan tertentu dan latar belakang genetik mereka yang luas memberikan mereka kekuatan dan tenaga.

Adakah anda tahu cara pemberian makanan yang betul setiap hari bagi kucing-kucing anda?
Panduan Pemberian Makanan
Untuk pemakanan yang lengkap dan seimbang
®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent