Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Maine Coon

Baka Kucing Maine Coon

“Si Kucing Gergasi yang Baik Hati”

Jika anda seorang peminat filem, dan juga seorang Potterhead, anda mungkin tahu rupa kucing Maine coon. Puan Norris yang terkenal dari Harry Potter ialah kucing Maine coon dan merupakan kucing paling terkenal dalam bakanya.

Maine coon boleh dibezakan dengan mudah kerana ukuran kucing Maine Coon adalah besar dan mempunyai bulu panjang. Sejarah kucing Maine coon berasal daripada baka asli dari Maine. Pada masa ini, baka kucing Maine coon boleh ditemui di seluruh dunia. Walaupun mereka merupakan baka kucing peliharaan terbesar, ciri-ciri kucing Maine coon adalah tenang dan lemah lembut. Sifat kucing Maine coon adalah suka bermesra dengan manusia dan boleh berkawan baik dengan haiwan peliharaan domestik yang lain. Anak kucing Maine coon mempunyai kelakuan baik dan menjadi haiwan peliharaan yang popular untuk keluarga yang mempunyai anak.

Bulu tebal dan lebat kucing Maine coon bertujuan untuk memastikan mereka sentiasa hangat, walaupun dalam suhu yang sangat sejuk. Jadi, si comel berupaya bertahan dalam suhu hampir beku, hujan dan salji.

Baka kucing Maine coon biasanya tergolong di dalam keluarga Felidae, yang terdiri daripada hampir semua kucing domestik dan liar. Ujian genetik kucing Maine coon telah mendedahkan sejarah kucing Maine coon berasal daripada keturunan kucing hutan Norway. Sifat kucing Maine coon diwarisi daripada nenek moyang mereka yang lain - baka kucing domestik berbulu panjang yang misteri yang sudah pupus.

Petunjuk Utama:

  • Berat - sekitar 8 hingga 18 paun
  • Tinggi - 10 hingga 16 inci.
  • Ukuran kucing Maine coon -boleh mencapai panjang sehingga 40 inci
  • Jangka hayat – 12.5 hingga 15 tahun
  • Bulu - Bulu panjang yang lembut dan berkilat

Penilaian:

  • Kemesraan⭐⭐⭐⭐⭐
  • Keupayan untuk menyesuaikan diri⭐⭐⭐⭐⭐
  • Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan lain⭐⭐⭐⭐⭐
  • Tingkah laku terhadap manusia⭐⭐⭐⭐⭐
  • Suka bermain⭐⭐
  • Kecenderungan kepada obesiti⭐⭐⭐⭐⭐
  • Kesihatan menyeluruh⭐⭐⭐⭐⭐
  • Jangka hayat⭐⭐⭐
  • Mudah dilatih⭐⭐⭐⭐⭐
  • Digalakkan untuk pemilik kali pertama⭐⭐⭐⭐⭐

Satu bintang = rendah/buruk

Lima bintang = tinggi/baik

Penampilan Fizikal

Kucing Maine coon terkenal kerana saiznya yang lebih besar dan ciri lain kucing Maine Coon termasuk bulu yang panjang dan selembut sutera. Tekstur bulu adalah berbeza bergantung pada warnanya.

Ciri kucing Maine coon yang membezakan baka Maine coon ialah kepala dan bahunya yang lebih pendek dan panjang ke arah rusuk dan perut. Sesetengah anak kucing Maine coon mempunyai ruff leonine di leher mereka, dan bulu tebal di lapisan bawah. Walaupun kucing Maine coon umumnya mempunyai warna dan corak yang sama seperti kebanyakan kucing, pembiakan kacuk telah membolehkan baka kucing Maine coon mengekalkan warna seperti coklat dan lavender.

Kesihatan

Maine coon terkenal kerana amat mudah menyesuaikan diri.Walaupun baka Maine coon mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap kebanyakan penyakit kucing, ciri-ciri kucing Maine coon menjadikan mereka mudah terdedah kepada penyakit yang khusus pada Maine coon, termasuk kardiomiopati hipertropik, hip dysplasia, stomatitis, obesiti dan spinal muscular atrophy. Jika anda memiliki kucing Maine coon, buatlah pemeriksaan kucing anda untuk mengenal pasti simptom dan gejala penyakit berikut:

  • Hip Dysplasia

    Baka Maine coon lebih terdedah kepada hip dysplasia kerana saiznya yang besar. Hip dysplasia ialah keadaan biasa pada kucing dan kelihatan apabila apabila sendi pinggul tidak berkembang secara normal dan boleh menyebabkan bola dan soket terkehel. Hip dysplasia pada kucing Maine coon boleh menyebabkan fungsi sendi merosot secara beransur-ansur atau kehilangan sepenuhnya. Keadaan ini tidak mendatangkan sebarang risiko maut kepada Maine coon anda dan boleh dikesan melalui ciri-ciri kucing Maine Coon seperti:

  • Sakit sendi pinggul
  • Kelonggaran di sekitar sendi pinggul
  • Jisim otot peha berkurangan
  • Enggan untuk melompat atau memanjat
  • Bunyi bergesel apabila kucing bergerak
  • Kardiomiopati Hipertropik

    Kardiomiopati Hipertropik (HCM) ialah penebalan dinding otot di sekeliling jantung kucing. HCM selalunya dikaitkan sebagai faktor genetik yang boleh memberi kesan buruk kepada fungsi jantung. Ia adalah penyakit jantung yang biasa didiagnosis pada kucing. Walaupun tahap keseriusan HCM boleh berubah, beberapa rawatan perubatan boleh dijalankan untuk memastikan kualiti hidup yang lebih baik untuk kucing Maine coon anda. Ciri-ciri kucing Maine coon yang menghidapi HCM termasuk:

  • Kelesuan
  • Susah untuk bernafas dan bernafas dengan mulut terbuka
  • Pernafasan laju
  • Nadi lemah
  • Degupan jantung laju

Dapatkan rawatan segera untuk kucing Maine coon anda supaya dapat terhindar daripada keadaan yang boleh mengancam nyawa.

  • Obesiti

    Sebagai salah satu baka kucing terbesar, baka Maine coon selalu menghadapi masalah obesiti. Baka Maine coon mempunyai kadar pertumbuhan yang perlahan berbanding dengan rangka badan mereka yang besar. Jadi, memberi makan berlebihan tanpa senaman yang mencukupi boleh menyebabkan bayi Maine coon anda menjadi gemuk, dan seterusnya menyebabkan penyakit lain seperti arthritis, diabetes dan penyakit jantung. Obesiti juga memberi kesan kepada jangka hayat kucing Maine coon.

    Dandanan

Kucing dengan bulu lebih panjang memerlukan dandanan yang kerap untuk mengelakkan bulu menjadi kusut dan bergumpal. Walaupun dandanan yang kerap terhadap kucing Maine coon meletihkan, ia berbaloi daripada segi masa dan tenaga dengan sifat peramah baka kucing Maine coon.

Ciri kucing Maine coon memerlukan anda untuk memulakan dandanan kepada mereka ketika masih kecil. Anda boleh menggunakan berus bulu lembut untuk menyikat bulu panjang Baka Maine coon untuk mengelakkan iritasi kulit dan keguguran yang berlebihan. Membuang bulu berlebihan di tapak kaki dan sendi adalah berkesan untuk mengelakkan bulu menjadi kusut dan bergumpal. Memandikan kucing Maine coon anda adalah idea yang baik untuk keguguran bulu dan mengekalkan kualiti bulu mereka.

Bermain

Kucing adalah haiwan yang memiliki perasaan ingin tahu dan bertindak balas dengan baik terhadap rangsangan. Bermain dengan kucing anda merupakan cara yang baik untuk membina ikatan sepanjang hayat. Baka Maine coon adalah bijak, dan memperkenalkan mainan baru boleh meningkatkan mood mereka. Mainan Catnip, mainan mencakar, terowong haiwan, tongkat kucing adalah beberapa mainan yang popular untuk kucing Maine coon kerana ciri Maine coon adalah suka bermain. Di samping itu, sifat Maine coon yang suka bermain dengan kanak-kanak juga boleh membantu mereka melakukan latihan fizikal serta membantu kekal sihat.

Soalan Lazim Maine Coon

Adakah kucing Maine coon boleh bergaul dengan haiwan peliharaan yang lain?

Anak kucing Maine coon boleh menjadi haiwan peliharaan terbaik. Mereka bukan sahaja jinak dan boleh bergaul dengan haiwan peliharaan rumah lain, bahkan sifat Maine coon yang santai boleh mencairkan hati semua. Ciri-ciri kucing Maine coon jarang menunjukkan tanda-tanda agresif dan mereka tidak terlalu teritorial. Baka kucing Maine coon terkenal dengan keupayaan untuk menyesuaikan diri dan keramahannya. Sifat kucing Maine coon membuatkan mereka mudah bergaul dengan haiwan peliharaan domestik yang lain.

Adakah kucing Maine coon mesra?

Sifat jinak dan lemah lembut menjadikan anak kucing Maine coon haiwan peliharaan yang terbaik. Ciri-ciri kucing Maine coon termasuk sangat mesra dengan manusia serta haiwan lain dan mereka mempunyai kepintaran. Sifat kucing Mane coon yang boleh menyesuaikan diri menjadikan mereka mudah bergaul dengan kanak-kanak. Ciri-ciri kucing Maine coon adalah mereka sangat mesra dan suka bermain, mereka memberikan keceriaan di dalam rumah.

Berapakah jangka hayat kucing Maine coon?

Secara amnya, kucing Maine coon boleh hidup untuk 12.5 tahun, tetapi sesetengah kucing Maine coon mempunyai jangka hayat yang lebih panjang melebihi 15 tahun. Pada kebiasaannya Baka Maine coon adalah baka yang lebih sihat dan jarang terdedah kepada penyakit. Jangka hayat mereka bergantung kepada cara hidup, diet, senaman dan persekitaran.

Adakah kucing Maine coon senang untuk didandan?

Kucing Maine coon mempunyai bulu panjang yang boleh merisaukan sesetengah pemilik. Baka Maine coon perlu disikat dengan kerap untuk mengelakkan keguguran. Potonglah bulu Maine coon anda untuk mengelakkan bulu kusut dan bergumpal. Mandian setiap bulan dan memotong kuku sekali sekala terbukti membantu dalam mendandan Maine coon anda.

Adakah kucing Maine coon suka mandi?

Kebanyakan kucing tidak sukakan air, tetapi lain pula baka kucing Maine coon. Sejarah kucing Maine coon menunjukkan mereka suka mencelup ke dalam air. Ciri Maine coon membuatkan mereka suka meluangkan masa yang lama bermain air. Ciri-ciri kucing Maine coon termasuk bulu separa kalis air dapat membantu mereka kekal hangat dan kering ketika bermain air. Mandikan Maine coon anda sekali sebulan untuk membantu mereka daripada keguguran.

Whiskas brand imagery