Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Bolehkah kucing makan makanan manusia?

Kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang unik dan mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza daripada manusia. Ketahui mengapa makanan manusia tidak boleh dianggap sebagai diet yang seimbang dan berkhasiat untuk kucing anda.

Tonton
Video

Bolehkah kucing makan makanan manusia?

Kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang unik dan mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza daripada manusia. Sebagai ‘Karnivor Obligat’, daging sangat penting untuk kelangsungan hidupnya. Oleh itu, diet harian kucing anda mesti mengandungi Taurina dan nutrien penting lain yang hanya terdapat dalam daging. Rangkaian makanan utama kucing Whiskas® merangkumi makanan kering, dan makanan basah yang boleh didapati dalam tin dan pek. Semua rangkaian makanan ini 100% lengkap dan seimbang bagi membolehkan anda memberi kucing anda makanan yang disesuaikan dengan peringkat kehidupannya dan dengan penuh keyakinan bahawa ia mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang tepat.

Bolehkah kucing minum susu?

Setelah anak kucing bercerai susu, ia kehilangan keupayaan untuk mencerna susu - bertentangan dengan kepercayaan popular, kucing tidak boleh diberi susu lembu untuk diminum!

Bolehkah kucing makan keju?

Kami tahu bahawa sesetengah pemilik kucing memberi hadiah kepada kucing mereka dengan keju, tetapi ini tidak digalakkan kerana kucing sebenarnya tidak toleran terhadap laktosa. Sistem pencernaannya tidak boleh memproses makanan tenusu, dan ia mungkin mengalami gangguan pencernaan dan cirit-birit.

Beberapa jenis snek kucing termasuk keju sebagai salah satu kepelbagaian perasa, di mana kandungan laktosanya telah dibuang, jadi ia selamat untuk dimakan oleh kucing.
Sesetengah makanan manusia yang selamat untuk kita makan boleh menjadi sangat bertoksik dan berbahaya kepada kucing. Oleh itu, jangan sekali-kali membiarkan kucing anda makan salah satu daripada yang berikut:

  • Coklat
  • Anggur
  • Kismis
  • Kafein
  • Bawang
  • Bawang putih
  • Xilitol

Sekiranya kucing anda makan salah satu daripada makanan ini, sila dapatkan rawatan daripada doktor haiwan dengan segera.

Whiskas brand imagery