Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Penuaan Secara Sihat Bergaya

Dari segi luaran, proses penuaan kucing tidak ketara. Namun proses penuaan ini sebenarnya masih berlaku daripada bahagian dalam.

"Apabila kucing dewasa berusia 7 tahun, ia dianggap kucing 'senior' dan beberapa perubahan terhadap pemakanan dan gaya hidup dijangka berlaku."
Purata jangka hayat seekor kucing adalah berbeza-beza kerana ia banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk jenis baka, gaya hidup, tahap kesihatan dan tahap kecergasan aktiviti yang dilakukannya.

Tonton
Video

Penuaan Secara Sihat Bergaya

Cara memastikan kucing anda kekal sihat bergaya hingga ke usia tua:

Dari segi luaran, proses penuaan kucing tidak ketara. Namun proses penuaan ini sebenarnya masih berlaku daripada bahagian dalam.
Anak kucing dianggap kucing 'dewasa' apabila ia mencecah usia 12 bulan. Purata jangka hayat seekor kucing adalah berbeza-beza kerana ia banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk jenis baka, gaya hidup, tahap kesihatan dan tahap kecergasan aktiviti yang dilakukannya. Rata-rata seekor kucing boleh hidup sekitar 12-14 tahun namun sebilangan besarnya boleh hidup lebih lama dari ini dan ada juga yang mencecah usia 20-an. Apabila kucing dewasa berusia 7 tahun, ia dianggap kucing 'senior' dan beberapa perubahan terhadap pemakanan dan gaya hidup dijangka berlaku.

Cara penjagaan bagi kucing yang telah berusia:

Penjagaan kucing dewasa hingga yang telah berusia:

  • Pemberian suntikan vaksin setiap tahun
  • Rawatan pencegahan cacing dan kutu secara rutin
  • Pemeriksaan kesihatan keadaan badan untuk memastikan ia pengurusan berat badan yang sihat
  • Membawanya berjumpa doktor haiwan atau jururawat haiwan untuk pemeriksaan penjagaan mulut sekali atau dua kali setahun
  • Menggosokkan gigi setiap hari, atau rawatan penjagaan mulut yang direka untuk mengurangkan plak dan tartar.
  • Melakukan dandanan secara rutin di rumah
  • Mengubahsuai diet pemakanan kucing senior yang bagi memenuhi keperluan kucing yang semakin meningkat usia
  • Mewujudkan ruang persekitaran yang tenang untuk ia tidur dan berehat
  • Melakukan senaman setiap hari
  • Memberi kucing yang telah berusia makan dengan menggunakan umpan teka-teki supaya ia
  • kekal lincah dan bergerak dalam mencari makanan kering atau snek tersayangi kucing anda

Kucing adalah penidur yang hebat bahkan pada usia muda ia boleh tidur selama 16 jam setiap hari! Anda mungkin memerhatikan bahawa semakin ia meningkat usia, kucing tidur untuk tempoh yang lebih lama tetapi lebih ringan. Justeru itu, penting untuk membiarkannya berehat tetapi menggalakkannya bergerak secara tetap untuk mengekalkan jisim otot dan berat badan yang sihat.

Sama seperti semua kucing daripada pelbagai peringkat usia, air minuman segar yang bersih hendaklah sentiasa disediakan.

Whiskas brand imagery