Bahasa Pergerakan Ekor Si Anak Kucing

Pergerakan ekor comel si anak kucing anda akan memberi anda banyak maklumat mengenai keadaan dirinya. Malah, ia adalah cara yang paling efektif baginya untuk berkomunikasi.
Tidak Hanya Berasa Gembira
Apabila ekor anak kucing anda lurus tegak, itu bermaksud ia sedang berasa gembira dan yakin. Ia juga melakukannya untuk mendedahkan bahagian kemaluannya, mengajak anda untuk menghidu bahagian bawah ekornya dan mengetahui semua tentang dirinya! Ianya pergerakan yang ramah, jadi pastikan anda menunjukkan kembali kasih sayang anda padanya.
Kenali Erti Di Sebalik Pergerakan Ekor Si Anak Kucing
- Menggoyang pangkal atau hujung ekor – anak kucing anda sedang menyapa dengan ramah “hello”
- Membengkokkan bahagian bawah badannya – anak kucing anda menjadi penurut
- Mengembangkan bulu dua kali ganda daripada saiz asal – anak kucing anda sedang ketakutan dan dalam keadaan mempertahankan diri
- Mengoyang-goyangkan dengan laju – anak kucing anda sedang gelisah
- Mengibas – anak kucing anda berasa jengkel (berbeza daripada goyangan seekor anjing)
- Mengetuk – anak kucing anda sedang kecewa, dan mungkin bertindak menyerang
- Menyentak hujung ekornya perlahan-lahan – anak kucing anda sedang ingin tahu atau berasa teruja (kebiasaannya anda akan melihat perlakuan ini apabila ia mendekam)