Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Bunyi Anak Kucing dan Maksud

Anak kucing anda berkemungkinan mengeluarkan bunyi “chirrup” sebagai cara menawarkan sambutan mesra. 

Bagaimana anak kucing mengekspresikan diri mereka melalui bunyi-bunyian?

Pernahkah anda terfikir mengapa kucing mengiau? Tidak seperti anjing, kucing tidak berupaya mengekspresikan diri mereka melalui ekspresi muka yang berbeza-beza. Secara semulajadinya, kucing biasanya bersifat lebih tenang, membuatkan setiap tingkah laku mereka sukar difahami.

Walau bagaimanapun, kucing dan anak kucing adalah haiwan yang sangat suka bersuara. Jika anda tertanya-tanya mengapa kucing mengiau, apabila anda mendengar bunyi-bunyian kucing, ketahuilah bahawa mereka sedang berkomunikasi dengan anda. Mereka kerap menggunakan pelbagai variasi nada dan cara ia disuarakan. Jika anda adalah seorang pemilik kucing yang berpengalaman, anda mungkin memahami pelbagai makna yang berkaitan dengan bunyi-bunyian kucing dan boleh memahami apa yang anak kucing ingin cuba sampaikan apabila kucing mengiau.

Oleh itu, dengan memberi perhatian yang teliti pada perubahan yang tidak ketara dalam bunyi-bunyian kucing, anda boleh lebih memahami anak kucing dengan lebih baik, seterusnya membina ikatan yang lebih erat dengan si comel. Artikel ini juga akan menerangkan mengapa kucing mengiau.

Jenis bunyi-bunyian yang dilakukan oleh anak kucing

  1. Meow yang panjang –

  2. mengapa kucing asyik mengiau? Tahukah anda bahawa kucing mengiau adalah satu bentuk komunikasi dengan manusia? Apabila kucing mengiau dengan panjang, biasanya ia bermaksud ia ingin mendapatkan perhatian. Anak kucing kesayangan anda juga mengiau apabila mereka berasa teruja dan ingin berkongsi kegembiraan mereka dengan anda. Ia mungkin juga bermakna bahawa si comel memerlukan sesuatu seperti makanan. Walau bagaimanapun, meow bernada tinggi pula mungkin menunjukkan perasaan kecewa.
  3. Meow yang singkat –

  4. bunyi-bunyian kucing yang paling biasa dilakukan mungkin adalah meow yang singkat, yang biasanya digunakan sebagai tanda ucapan hai! Tetapi mengapa kucing asyik mengiau? Jawapannya adalah meow yang singkat tidak selalunya bermaksud pada sesuatu yang khusus, tetapi ia menunjukkan bahawa mereka gembira apabila melihat anda dan mahukan pelukan dan belaian manja daripada anda.
  5. ‘Chirrup’ –

  6. Kucing terutamanya ibu kucing sering menggunakan bunyi ‘chirrup’ dan ‘trill’ sebagai isyarat ke arah anak kucingnya untuk mengikuti mereka. Jika anak kucing anda meniru bunyi ‘chirrup’ di sekeliling anda, itu boleh bermaksud anak kucing anda ingin anda mengikutinya bersama. Kucing dewasa juga menggunakan bunyi ‘chirrup’ untuk memberitahu bahawa mereka ingin diikuti, biasanya ke tempat makanan mereka. Bunyi ‘chirrup’ adalah biasa di kalangan kucing sebagai cara untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
  7. Purr –

  8. Jika anda terfikir sekiranya ada sebab lain untuk bunyi-bunyian kucing, kebanyakan kucing ‘purr’ kerana mereka berasa gembira dan selesa. Tetapi mengapa kucing ‘purr’? Bunyi kucing ‘purr’ adalah perkara biasa di kalangan anak kucing dan kucing yang berusia muda, menunjukkan perasaan gembira atau semasa menikmati hidangan. Jika anda masih tertanya-tanya mengapa kucing ‘purr’, anak kucing sering ‘purr’ untuk menenangkan atau menghiburkan diri mereka semasa sakit, cemas atau kemurungan. Oleh itu, dengan memerhatikan sebarang tanda kebimbangan pada anak kucing anda boleh membantu anda memahami sebarang masalah yang mungkin mereka dihadapi. Jika anda selalu tertanya-tanya mengapa kucing ‘purr’, anda sekarang sudah tahu jawapannya mengapa kucing ‘purr’
  9. Jeritan kesakitan –

  10. jeritan kesakitan yang mungkin kedengaran seperti kuat dan berpanjangan yang dihasilkan oleh anak kucing biasanya menunjukkan anak kucing anda berada dalam keadaan sangat sakit. Anak kucing sering menjerit kesakitan jika mereka terperangkap di sesuatu tempat dan memerlukan bantuan anda dengan segera atau mereka mengalami kesakitan fizikal yang memerlukan rawatan segera. Apabila kucing meningkat dewasa, jeritan kesakitan boleh dianggap sebahagian daripada tingkah laku mengawan.
  11. Tangisan –

  12. Apabila anak kucing menangis, ia biasanya bermaksud ia sedang mencari sesuatu atau memanggil ibunya atau anak kucing yang lain. Walau bagaimanapun, tangisan anak kucing yang berpanjangan mungkin juga menunjukkan masalah kesihatan yang menyebabkan kesakitan. Memberi perhatian yang teliti terhadap tangisan kucing dapat membantu anda mengenalpasti masalah kesihatan dan pastikan mereka mendapat rawatan perubatan sepatutnya dengan segera.

Selain daripada bunyi-bunyian kucing seperti di atas, anak kucing juga boleh menghasilkan bunyi lain seperti mengeram dan mendesir, yang mungkin bermakna si comel anda rasa kecewa dan ingin ditinggalkan bersendirian.

Bagaimana cara untuk memenangkan kucing yang menangis?

Apakah yang menyebabkan kucing mengiau apabila mereka berasa sedih dan bagaimana anda boleh menenangkan mereka? Mengapa kucing asyik mengiau? Jika anak kucing anda menangis untuk jangka masa yang lama, ia mungkin menunjukkan mereka sedih atau kecewa dan ia perlu dipujuk dan ditenangkan. Langkah-langkah mudah seperti di bawah boleh membantu anda menenangkan anak kucing anda:

  • Cuba pegang anak kucing anda jika kucing asyik mengiau. Apabila dipegang dan dibelai, anak kucing biasanya berasa selamat dan selesa. Belaian adalah amat berfaedah kerana ia seperti ibu kucing yang mendandan anak kucingnya, serta membantu mereka bersosial. Anda boleh mengangkat dan memegang anak kucing kesayangan anda dengan menggunakan kedua-dua belah tangan anda.  Anda juga boleh membenarkan mereka memeluk dalam dakapan anda kerana ia mewujudkan rasa selamat yang boleh membantu menenangkan anak kucing yang menangis.
  • Membelai kucing yang menangis dengan lembut dapat membantu untuk menenangkan mereka dan akhirnya menghentikan tangisan tersebut. Anda boleh membelai mereka dengan lembut di kepala, belakang dan bawah dagu mereka. Belaian juga membantu anda untuk mengeratkan ikatan anda dengan anak kucing anda. Berkomunikasi dengannya dengan suara yang lembut dan tenang juga dapat untuk mengalihkan perhatiannya daripada masalah. Selain itu, memberi mereka makanan atau mainan kegemaran mereka juga berkesan untuk menenangkan kucing yang sedang menangis. 

Bagaimana untuk berkomunikasi dengan anak kucing anda?

Kucing yang melakukan bunyi-bunyian dan anak kucing adalah haiwan sosial yang mudah membentuk ikatan dengan manusia kegemaran mereka melalui komunikasi yang aktif. Anda boleh berkomunikasi dengan anak kucing anda dengan menganalisa bahasa badan anak kucing anda. Anak kucing boleh menyampaikan banyak maklumat melalui kaedah komunikasi tanpa lisan, seperti menggunakan pergerakan ekor dan telinga. Melihat ke dalam mata anak kucing adalah salah satu cara yang hebat untuk berinteraksi dengan mereka. Apabila anak kucing mengelip mata dengan perlahan, menatap dengan pandangan yang lama sambil anak mata mengembang adalah petunjuk bahawa kucing anda mempercayai dan menyayangi anda. Anak kucing anda juga boleh menggunakan bentuk komunikasi tanpa lisan yang lain untuk berkomunikasi dengan anda seperti menggesel pada anda, membelai anda dengan hidungnya yang basah, bergurau sambil menanduk kepala anda, menguli atau merapikan anda. 

Anda juga boleh berhubung dengan anak kucing anda dengan bercakap dalam nada yang lembut dan tenang. Selain itu, berkomunikasi tanpa lisan boleh membantu dalam berkomunikasi dengan anak kucing. Terdapat beberapa cara bukan lisan untuk berkomunikasi dengan anak kucing anda termasuk;

  • Melihat ke dalam mata anak kucing anda dan mengelip dengan perlahan.
  • Pergerakan tangan lembut seperti menepuk.  Anda boleh mengajak kucing anda memeluk anda dengan menepuk perlahan kawasan bersebelahan dengan anda untuk memanggil mereka
  • Elakkan daripada menjerit pada anak kucing anda.

Adakah anda harus memanggil doktor haiwan?

Temujanji yang kerap dengan doktor haiwan anda adalah penting untuk memastikan anak kucing anda bebas daripada sebarang masalah penyakit. Walaupun tangisan kucing mungkin tidak selalu bermaksud mereka memerlukan rawatan, memahami simptom dapat membantu anda untuk mengenalpasti keadaan yang mendesak. Jika anda ingin tahu mengapa kucing selalu mengiau, anda boleh semak tanda-tanda berikut untuk menentukan sama ada anda perlu untuk menghubungi doktor haiwan:

  • Cari tanda-tanda yang menunjukkan kesakitan yang ketara. Raungan, tangisan dan bersembunyi untuk tempoh yang lama boleh menunjukkan kesakitan yang ketara yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Mengapa kucing selalu mengiau? Anda juga boleh perhatikan dengan teliti tingkah laku pelik pada anak kucing anda untuk mendapatkan jawapan.
  • Periksa kotak pasir anak kucing anda untuk memastikan ia tidak memerlukan bantuan profesional. Membuang air kecil di luar kotak pasir dan cirit birit boleh menunjukkan masalah kesihatan yang mungkin memerlukan rawatan.
  • Anda juga perlu mencari simptom lain yang boleh membantu anda mengenalpasti sama ada anak kucing anda perlu berjumpa dengan doktor haiwan atau tidak. Pakar penjagaan kesihatan mungkin diperlukan jika berlaku muntah yang berlebihan, kelesuan dan perubahan selera makan dan pernafasan.

Soalan Lazim Bunyi-bunyian anak kucing

Apakah maksud pelbagai bunyi berbeza yang dihasilkan oleh anak kucing?

Anak kucing adalah makhluk bersosial yang sering menggunakan bunyi-bunyi untuk berhubung dengan kucing-kucing lain termasuklah pemilik mereka. Anak kucing boleh menyampaikan pelbagai maklumat bergantung pada jenis bunyi yang dihasilkan melalui nada dan cara ia disuarakan. Jika anda tertanya-tanya mengapa kucing membuat bunyi-bunyian, perhatian yang teliti kepada bunyi-bunyi ini akan membantu anda untuk lebih memahami anak kucing dan tafsirkan apa yang ia ingin disampaikan

Mengapa anak kucing saya membuat bunyi-bunyi aneh?

Jika anak kucing anda membuat bunyi-bunyi aneh seperti meraung untuk tempoh masa yang lama, itu bermakna anak kucing anda berasa sedih atau kecewa terhadap sesuatu atau mengalami kesakitan dan kemurungan. Anda boleh membantu anak kucing anda untuk menenangkannya dengan memeluknya dengan lembut, membelai kepala dan bawah dagunya dan memberikannya makanan dan mainan kegemarannya.

Mengapa anak kucing melakukan bunyi ‘chirrup’?

‘Chirrup’ atau bunyi kicauan adalah bunyi yang biasa dihasilkan oleh kucing dan anak kucing. Ibu kucing selalunya menggunakan bunyi kicauan untuk menunjukkan isyarat untuk anak kucing mengikutinya. Anak kucing anda mungkin cuba menarik perhatian anda dengan meniru bunyi kicauan.

Mengapa anak kucing saya mengiau pada waktu malam?

Kebanyakan kucing bersifat nokturnal, bermaksud mereka aktif pada waktu malam. Walaupun kebanyakan kucing domestik sudah terbiasa dengan jadual waktu yang telah ditetapkan oleh pemilik mereka, sesetengah kucing menunjukkan kecenderungan semula jadi untuk lebih aktif pada waktu malam dan inilah sebabnya mengapa kucing mengiau pada waktu malam. Mengiau adalah satu perkara biasa untuk kucing di semua peringkat umur. Namun, jika kucing mengiau terutamanya pada waktu malam, itu mungkin bermakna si comel anda berasa bosan dan ingin keluar. Jika anda pernah tertanya-tanya mengapa kucing melakukan bunyi-bunyian pada waktu malam, kucing mengiau kerana mereka mahu dilepaskan keluar pada waktu malam supaya mereka boleh mempraktikkan kemahiran memburu mereka.

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang