Bahasa Anak Kucing

Fahami pemikiran dan perasaan anak kucing anda akan membantu anda mempunyai masa yang berkualiti dengan mereka.

Bunyi-bunyi yang Dihasilkan oleh Anak Kucing: Mengeluarkan bunyi “Meow”dan “Purr”

Bunyi-bunyi yang Dihasilkan oleh Anak Kucing:   Mengeluarkan bunyi “Meow”dan “Purr”

Dari bunyi klasik “meow” sehinggalah ke pelbagai bunyi purr dan jeritan kesakitan, anak kucing anda menggunakan suara aslinya untuk menghasilkan pelbagai jenis bunyi – sebenarnya lebih banyak daripada kebanyakan haiwan lain.

 

Kucing mempunyai sebanyak 60 jenis suara yang berlainan dan setiap satu,  dikeluarkan dengan nada dan intensiti yang berbeza yang mempunyai makna yang berlainan. Namun apakah yang ia ingin sampaikan kepada anda?

 Bunyi Klasik “Meow”

Setiap orang tahu bunyi “mengiau”. Bunyi ini dihasilkan di larinksnya, bunyi “mengiau” anak kucing anda ialah tangisan meminta pertolongan atau perhatian. Semasa dia membesar, kucing anda akan “mengiau” untuk menyampaikan pelbagai bentuk mood dan emosi, daripada keramahan dan ketakutan sehingga aduan dan kemarahan.

Bunyi “Chirrup” anak kucing

Anak kucing anda berkemungkinan mengeluarkan bunyi “chirrup” sebagai cara menawarkan sambutan mesra. Tidak semua anak kucing melakukan perkara ini – jika ya, anda akan berasa seolah-olah dia bercakap dengan anda!

Bunyi “Purr”

Seperti semua orang tahu, anak kucing yang mengeluarkan bunyi “purr” ialah seekor kucing yang sedang berasa gembira. Anak kucing yang baru lahir akan berbunyi pada ibunya untuk memberi tahu bahawa ia selesa dan selamat. “Purr” bermaksud kepuasan, dan kucing yang bijak akan menggunakan bunyi tersebut untuk mendapatkan lebih banyak perhatian berbanding usapan. Dan tanpa ragu-ragu anda dengan rasa gembiranya akan akur pada kemahuannya. 

Kajian terbaru mencadangkan bahawa kucing yang berbunyi mungkin berada di dalam keadaan sangat tertekan – seolah-olah mereka sebenarnya boleh menenangkan diri dengan mengeluarkan bunyi purring.

Berkomunikasi Bersama Kucing Anda

Dalam habitat semula jadi, kucing dewasa jarang berkomunikasi melalui bunyi, ia hanya berbunyi apabila mereka bersedia untuk berlawan atau mencari pasangan. Dengan berkomunikasi bersama anda, kucing anda menunjukkan apa yang ia telah pelajari daripada generasi sebelumnya – iaitu mengeluarkan bunyian adalah satu cara yang hebat untuk mendapatkan perhatian daripada manusia!

Semakin banyak anda bercakap dengan kucing anda, semakin banyak dia memahami anda dan bertindak balas. Tidak lama lagi anda akan mengenali panggilannya dan ia juga akan mengenali suara anda. Jadi berkomunikasi dengan kucing anda!

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent