Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kucing Memijat: Kenapa Kucing Memijat

Sebagaimana seronoknya rasa urutan-urutan kecil ini, adakalanya urutan ini menjadi sesuatu yang agak merimaskan! 

 

Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila melihat anak kucing anda duduk di pangkuan anda dan menginjak-injak kaki anda dengan tapak kakinya. Melalui pemaparan kasih sayang dan kepuasan ini, anak kucing anda mempamerkan kelakuan semula jadinya yang wujud sejak ia dilahirkan.

 Tingkah Laku Menginjak-injak Si Anak Kucing Susu ibu kucing 

Semasa anak kucing anda masih kecil, ia akan menginjak-injak tapak kakinya pada tubuh ibunya sambil menghisap susu ibunya – kelakuan kenalurian ini yang membuatkan susu mengalir lebih cepat. Inilah sebabnya mengapa menginjak-injak adakalanya dikenali sebagai “menginjak susu”. Dengan meneruskan tingkah laku ini sehingga ia meningkat dewasa, anak kucing anda menunjukkan kepada anda betapa selamat dan berpuas hatinya ia. 

 Tingkah Laku Menginjak-injak Si Anak Kucing Kuku yang tajam

Sebagaimana seronoknya rasa urutan kecil ini, adakalanya urutan ini menjadi sesuatu yang agak merimaskan! Apabila kuku anak kucing anda termasuk ke dalam paha anda, cuba untuk tidak menepisnya atau memarahinya – ibunya tidak akan pernah melakukannya, dan perkara ini mungkin membuatkan ia berasa keliru. Sebaliknya, letakkan kain selimut tebal atau tuala pada riba anda sebelum anak kucing anda melompatkan ke atasnya. Dan apabila anda membawanya ke doktor haiwan di masa lain, lakukan pemeriksaan sama ada kukunya perlu dipotong.

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang