Enter a keyword below to search for articles and products.
Tingkah laku mencakar anak kucing anda mungkin adalah suatu kebiasaan, tetapi ia tidak selalunya baik untuk perabot anda!
Dalam habitat semula jadi, kebanyakan kucing besar secara semulajadi bergantung pada diri mereka sendiri dan tidak berkumpulan untuk kelangsungan hidup. Anak kucing anda juga begitu. Inilah sebabnya mengapa ia selalu menghantar isyarat yang jelas pada kucing-kucing lain, untuk mengelakkan salah faham dan sebarang persengketaan. Salah satu isyarat yang paling kuat ialah bau.
Seluruh tubuh anak kucing anda khususnya sesuai untuk menghantar dan menerima mesej bau. Ia juga mempunyai organ istimewa di dalam mulutnya – yang dipanggil organ Jacobson – yang digunakan untuk menganalisa bau-bauan.
Anak kucing anda suka menggesel dirinya pada seperti benda: rangka pintu, kaki kerusi, tiang tangga, pokok-pokok dan, semestinya, anda! Menggesel mungkin kelihatan seperti tingkah laku yang ringkas, tetapi ia sebenarnya agak rumit. Bukan sahaja anak kucing anda mengiktiraf status kamu dan mengesahkan ikatan sosial bersama anda, namun ia juga mengambil dan meninggalkan isyarat-isyarat bauan yang penting.
Sama seperti saudara-saudara kucing besarnya, anak kucing anda akan menghabiskan banyak masa mencakar benda-benda di sekelilingnya. Dengan mempamerkan tingkah laku semulajadi ini, ia sebenarnya melakukan banyak perkara pada satu-satu masa, termasuk:
Tingkah laku mencakar anak kucing anda mungkin adalah suatu kebiasaan, tetapi ia tidak selalunya baik untuk perabot anda! Sebab itu adalah satu idea yang baik untuk memberi tiang pencakar untuk ia mencakar.