Tanda-tanda Tekanan

Kelakuan Yang Menunjukkan Keresahan
Apabila kucing membongkok, badan menjadi kaku, dan anak mata membeliak; ia mungkin dalam keresahan. Ia mungkin diikuti dengan pernafasan yang kuat dan menjilat diri lebih daripada biasa.
Kelakuan Agresif
Jikalau kucing mula menggigit dan mencakar barang di dalam rumah, mereka mungkin kebosanan. Oleh kerana sifat kucing adalah pemburu secara semula jadi, mereka akan sentiasa mencari ruang untuk berkelakuan sifat semula jadi mereka.
Membuang Air di Luar Bekas Najis
Jikalau seekor kucing sihat mula membuang air di luar bekas najis, mereka mungkin tertekan. Anda perlu menyediakan bekas najis dengan pasir kucing dan tunjukkan kepada mereka bahawa persekitaran adalah selamat dan mereka disayangi.
Menjilat Bulu Dengan Resah
Jikalau kucing anda tertekan, ia mungkin akan menjilat bulu mereka dengan lebih kerap atau mungkin akan menggigit bulunya. Jika ia berterusan, ia mungkin akan mengakibatkan penyakit kulit. Oleh itu, adalah disyorkan untuk membawa kucing itu ke doktor haiwan.
Menggigit Benang Sayat
Sesetengah kucing baka timur terutamanya kucing Siam dan Burma gemar menggigit benang sayat atau bahan yang bertekstur serupa. Sebab utama perilaku sebegini tidak diketahui. Ia mungkin disebabkan oleh tekanan. Anda seharusnya mengajar kucing anda untuk menghentikan kelakuan sebegini.