Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Cara untuk Melatih Anak Kucing Anda

Suatu ganjaran hanya akan berfungsi jika anda memberinya sebaik sahaja anak kucing anda melakukan perkara yang anda mahu ia lakukan. 

Dalam habitat semula jadi, kucing besar bergantung sepenuhnya kepada dirinya untuk hidup. Begitu juga dengan anak kucing anda. Naluri semula jadinya adalah untuk bertindak sendirian dan tidak mempedulikan apa yang orang lain mahu atau menuntut daripadanya.

 

Atas sebab ini, pandangan anak kucing anda terhadap struktur sosial dan kerjasama adalah berbeza daripada pandangan anda sendiri. Jika anda mahu anak kucing anda belajar, maka anda perlu faham motivasinya. Walaupun semangat bebasnya bermakna anda tidak boleh melatihnya seperti seekor anjing, anda masih boleh mengajarnya menghormati beberapa kawasan tertentu rumah anda – dan untuk anak kucing anda faham bahawa terdapat beberapa perkara yang anda tidak suka ia lakukan.

Cara untuk Melatih Anak Kucing Anda Memberi ganjaran kepada anak kucing anda

Berikan perhatian kepada anak kucing anda untuk melihat apa yang membuatnya bermotivasi. Mungkin ia adalah satu makanan baharu yang lazat. Mungkin ia adalah kasih sayang yang melimpah dan “masa di pangkuan”. Atau mungkin ianya hanya sekadar sesi bermain bersama-sama. Anda boleh menggunakan apa sahaja kaedah yang disukai oleh anak kucing anda sebagai ganjaran kepada kelakuan yang anda mahu galakkan. Akan tetapi ingatlah – kucing cepat berasa bosan, jadi dengan mempelbagaikan ganjarannya juga akan membantu anak kucing anda belajar sesuatu perkara dengan lebih cepat.
Tentukan masa ganjarannya.

Suatu ganjaran hanya akan berfungsi jika anda memberinya sebaik sahaja anak kucing anda melakukan perkara yang anda mahu ia lakukan. Untuk mendapatkan masa yang betul ini agak merumitkan, justeru anda perlu bersabar. Seperti yang anda mungkin sedia maklum, anda tidak boleh memanipulasi  anak kucing anda yang comel untuk melakukan apa sahaja perkara yang ia tidak mahu lakukan!

Cara untuk Melatih Anak Kucing Anda Pengukuhan yang positif

Jika anda mendapati anak kucing anda berada di atas meja kerja anda dan anda tidak mahu ia berada di situ, angkat kucing anda secara perlahan-lahan dan berlalu pergi. Simpan pujian anda apabila anda menemuinya di bawah. Satu lagi cara untuk tidak menggalakkan kelakuan yang tidak diingini adalah dengan mengalihkan perhatiannya - tetapi ingatlah untuk menyusuli gangguan tersebut dengan ganjaran apabila ia berkelakuan dengan cara yang anda inginkan.

Sekiranya anda membantu anak kucing anda belajar perkara-perkara ini dengan lebih awal, ia akan menjadi kucing yang ceria, berpuas hati dan sopan!

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang