Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Mengurangkan Tingkah Laku Agresif Si Anak Kucing

“Tingkah laku anak kucing anda terbentuk daripada naluri semula jadinya, dengan memahami naluri-naluri ini, anda akan dapat mengatasinya. Namun jika anda tidak dapat mengatasinya, terdapat pakar di luar sana yang boleh membantu anda dalam hal ini.”


Di dalam habitat semula jadi, kucing-kucing besar akan bertindak balas secara semula jadi untuk mengancam dengan bertindak agresif. Anak kucing juga tidak terkecuali. Walau bagaimanapun, anda mungkin mendapati anak kucing anda bertindak agresif walaupun tiada alasan untuknya berasa terancam – sebagai contohnya semasa bermain. Jika ini berlaku, jangan bimbang – terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk meredakan  kemarahannya.

Mengurangkan Tingkah Laku Agresif Si Anak Kucing Bersabar

Ingat bahawa anak kucing anda masih sangat kecil dan dalam proses memahami dunianya. Ia mungkin bertindak agresif kerana ia takut akan sesuatu yang ia tidak faham, atau kerana anda belum menunjukkan kepadanya lagi perkara-perkara yang anda lakukan dan tidak dapat diterimanya.

Mengurangkan Tingkah Laku Agresif Si Anak Kucing Sindrom membelai dan mengigit

Semakin anak kucing anda membesar, anda mungkin mendapati ia mula mengubah tingkah laku tanpa dijangka. Ia mungkin berguling-guling dan dengan cerianya membenarkan anda bermain dengannya, namun tiba-tiba ia mencapai tangan anda dengan kuku atau giginya. 

Tingkah laku ini – dikenali sebagai sindrom membelai dan menggigit – boleh berlaku apabila anak kucing anda mula berkelakuan dalam cara yang lebih dewasa: ia keluar dan  bergaul dengan kucing-kucing lain, namun masih berasa seperti bayi apabila ia berada di rumahnya sendiri. Pertukaran sikap ini berlaku apabila ia tiba-tiba bertukar daripada “mod anak kucing” kepada “mod kucing dewasa”, mengubah tingkah laku biasanya yang lincah kepada respons mempertahankan diri.

Mengurangkan Tingkah Laku Agresif Si Anak Kucing Menjinakkan kucing

Adalah suatu idea yang baik untuk mula memegang anak kucing anda sejak dari awal usia. Biasakan anak kucing anda dengan sentuhan lembut anda, dan meluangkan masa yang banyak untuk meyakinkan dan membina ikatan dengannya. Tidak semua anak kucing belajar menerima dan suka diusap, namun, jika ia tidak menunjukkan reaksi positif, sebaiknya anda menerima keinginannya dan berhenti mencuba.

Mengurangkan Tingkah Laku Agresif Si Anak Kucing Bermain dengan mainan

Bermain adalah cara yang baik bagi anak kucing anda untuk menikmati beberapa taktik agresif. Terdapat banyak alat mainan yang anda boleh beli di mana mainan ini akan membuatkan anak kucing anda suka  mengejarnya, memijak, menerkam dan menghendapnya. Dan cara ini kurang menyakitkan berbanding  menggunakan tangan anda!

Mengurangkan Tingkah Laku Agresif Si Anak Kucing Keagresifan yang berterusan

Meskipun anda melakukan semua usaha untuk membuatnya berasa selamat dan dilindungi, ada kemungkinan anak kucing anda mungkin terus bertindak agresif. Jika begitu - dan terutamanya jika kanak-kanak adalah sasarannya – sebaiknya berbincanglah dengan doktor haiwan anda, yang boleh merujuk anda kepada seorang pakar tingkah laku haiwan. Dengan bantuan kepakaran mereka, tingkah laku agresif anak kucing anda akan dapat diatasi tidak lama lagi.

Whiskas brand imagery