Enter a keyword below to search for articles and products.
...anak kucing anda sekarang telah dewasa, pemakanan dewasa yang kompleks dan seimbang diperlukan.
Dalam habitat semulajadi, kucing-kucing besar, tinggal di kawasan hutan, kawasan savana ataupun tanah prairie. Di kesemua kawasan semulajadi ini, air agak susah untuk dijumpai. Itulah sebabnya tubuh kucing-kucing besar telah disuaikan untuk mendapat kebanyakan air yang diperlukan daripada mangsanya.
Selain daripada air, kucing anda juga memerlukan nutrisi seimbang seperti vitamin, protein, karbohidrat, serat and asid lemak penting.
Kebiasaannya, kucing lebih suka makanan kucing basah berbanding makanan kucing kering kerana ia mempunyai lebih rasa dan kelembapan. Kucing adalah karnivor dan perlu minum air untuk kekal hidrasi. Makanan kucing kering tidak memberikan cecair yang cukup untuk mereka. Ia boleh menyebabkan dehidrasi dan masalah buah pinggang dalam jangka masa panjang.
Anak kucing anda juga begitu. Namun, ia masih perlu minum, maka amat penting untuk dipastikan anak kucing sentiasa mendapat bekalan air segar yang banyak.
Lidah anak kucing anda adalah amat sensitif kepada haba dan juga perubahan rasa. Sama seperti saudara kucing besarnya yang lain, anak kucing akan melindungi dirinya dengan mengelakkan air yang bertakung lama dan apa sahaja yang berasa tidak segar. Sebab itu anak kucing anda akan lebih menggemari untuk minum daripada lopak air di taman - anak kucing dapat mengesan bahawa bahan kimia yang telah digunakan untuk memastikan kebersihan air paip itu adalah selamat!
Jangan bimbang jika tabiat minum anak kucing anda tampak sedikit janggal – walaupun anak kucing meminum dari pelbagai sumber air, pasti keperluan air dalam tubuhnya akan dapat dicapai juga.