Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Cara Memberi Anak Kucing Makan dengan Cara yang Menyeronokkan

“Berikan makanan berkhasiat kepada anak kucing anda dengan cara yang menyeronokkan, merupakan cara yang hebat untuk memastikan anak kucing anda membesar dengan cergas, aktif dan sihat”

Anak kucing anda suka bermain walaupun pada waktu makan. Dengan menceriakan sedikit waktu makan ini, anda akan dapat merangsang naluri memburu semula jadinya dan mengukuhkan ikatan yang anda bina bersamanya. Di sini terdapat beberapa idea yang boleh digunakan bagi menceriakan waktu makannya!

  • Isikan sedikit Whiskas® Junior Dry ke dalam botol plastik, biarkan penutupnya terbuka atau menebuk lubang pada botol tersebut supaya biskut-biskut kering akan terkeluar apabila anak kucing anda bermain dengannya
  • Letakkan sedikit makanan kering di dalam beg kertas berwarna coklat dan tutupkan bahagian hujungnya tetapi longgarkan.
  • Isikan sedikit makanan kering di dalam bola pemberian makanan
  • Letakkan Whiskas® Junior Dry dalam saiz yang kecil di dalam dulang atau kotak, kemudian tutup dulang atau kotak tersebut dengan carikan-carikan kertas 
  • Letakkan sedikit makanan kering di dalam dua cawan kertas bertebuk yang melekat dengan lubang-lubang yang kecil
  • Sorokkan sedikit Whiskas® Junior Dry di dalam helaian kertas yang telah direnyuk-renyuk
  • Bahagikan sajian anak kucing anda ke dalam beberapa buah mangkuk dan tempatkannya di sekitar bilik tersebut
  • Pekkan sedikit makanan kering ke dalam karton minuman kosong yang anda telah lubangkan secara rawak

Cara Memberi Anak Kucing Makan dengan Cara yang Menyeronokkan Bermain dengan makanan

Sekiranya tidak ada aktiviti-aktiviti yang cukup bertenaga untuk anak kucing anda, idea-idea ini akan memberinya lebih banyak perkara untuk dilakukan:

  • Campakkan Whiskas® Junior Dry ke arah kucing anda, galakkan ia mengejarnya
  • Gunakan salah satu mainan makan yang diterangkan di atas, tetapi kali ini memegangnya tinggi dan menarik anak kucing anda untuk memanjat, melompat atau berlari untuk mendapatkan makanan
  • Galakkan anak kucing anda berdiri dengan kaki belakangnya dan mencapai butiran makanan kering dengan tapak kakinya
  • Sorokkan sedikit makanan kering di taman atau di bawah kotak dan galakkan anak kucing anda mencarinya

Sesetengah anak kucing akan bermain dengan cerianya sama ada ia melibatkan makanan atau tidak. Apapun, aktiviti-aktiviti ini adalah satu cara yang hebat untuk memastikan anak kucing anda kekal cergas, aktif dan sihat.

Whiskas brand imagery