Kesihatan

Temui cara untuk menjaga anak kucing anda supaya sihat dan ceria setiap hari.

Kebaikan Mengkasikan Anak Kucing Anda

Kebaikan  Mengkasikan Anak Kucing Anda

Sama seperti saudara kucing besarnya, anak kucing jantan anda akan mendapat rangsangan untuk memancut bagi menandakan kawasannya. Manakala, anak kucing betina yang “sedang musim” mungkin akan lebih membuat bising dan tidak tenteram, menggeliut dan mengguling-guling di lantai.

 

Pengkasian akan dapat mengelakkan perkara ini dari berlaku. Lebih baik lagi, ia mempunyai kebaikan kepada kesihatan pada jangkamasa yang panjang.

 Waktu Sesuai Untuk Pengkasian

Waktu yang paling sesuaii untuk pengkasian anak kucing anda – jantan ataupun betina- adalah sekitar berumur 6 bulan. Ini adalah masa si kecik comel montok itu mencapai kematangan seksualnya. Berbincanglah dengan doktor haiwan anda untuk nasihat berkenaan aspek-aspek pengkasian.

Kasih dan Sayang

Pengkasian adalah sangat mudah, sehingga anda biasanya boleh membawa anak kucing pulang pada hari yang sama. Anak kucing mungkin sedikit mamai selepas pembedahan, jadi biarkan ia sedar sendirian di sudut yang sunyi. Malahan jika menurut sifat semulajadinya, mungkin akan bersembunyi di tempat yang difikirkan selamat. Kucing besar dewasa yang liar, bersembunyi untuk sembuh dari penyakit atau kelukaan, maka ini adalah suatu tabiat yang normal. Berikan anak kucing kasih sayang dan ketenteraman yang banyak dan untuk kembali normal dalam masa 24-48 jam.

Kebaikan Kesihatan

Mengkasikan anak kucing anda akan membantu melindungi dan mempertingkatkan kesihatan. Prosedur yang ringkas ini akan membantu mengurangkan lebih banyak anak kucing yang tidak dikehendaki daripada dilahirkan.

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent