Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Memandulkan Kucing

Waktu yang paling sesuaii untuk pengkasian anak kucing anda – jantan ataupun betina- adalah sekitar usia 6 bulan.

Apa itu Pemandulan(Neutering)/Pengembirian pada Anak Kucing?

Sekiranya anda pencinta kucing, anda seharusnya biasa dengan istilah pemandulan (neutering). Dengan perkataan yang mudah, pemandulan(neutering) merujuk kepada proses perubatan – membuang organ pembiakan haiwan, sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

Istilah ‘neutering’ adalah berasal daripada istilah ‘neuter’ dalam Latin yang bermaksud ‘tidak berjantina’. Proses ini dibuat secara pembedahan membuang organ pembiakan yang selalu dirujuk sebagai ‘membetulkan’, dan dianggap cara yang biasa untuk pemandulan haiwan.

Kebanyakan tempat perlindungan haiwan, kumpulan penyelamat dan masyarakat yang berperikemanusiaan menjalankan operasi berkhatan kucing jantan, dan meminta pemilik kucing untuk memandulkan kucing mereka. Ini biasanya dilakukan untuk mengelak kehamilan yang tidak diingini yang seterusnya membawa kepada anak kucing yang tidak diingini dan lebihan populasi kucing yang ditinggalkan di tempat perlindungan haiwan ataupun rumah penyelamat.

Pemandulan kucing adalah salah satu proses pembedahan yang biasa dan mudah yang dijalankan oleh doktor haiwan. Ia digemari oleh pemilik kucing kerana pemandulan kucing memerlukan masa penyembuhan yang minima. Kebanyakan anak kucing yang dimandulkan selalunya boleh discaj beberapa jam selepas dipantau selepas prosedur. Pemandulan tidak menyebabkan pendarahan atau bengkak, kebanyakan anak kucing boleh kembali hidup normal mereka dalam beberapa hari selepas prosedur. Proses pemandulan adalah berbeza bergantung pada jantina kucing. Biasanya, pemandulan kucing jantan dikenali sebagai pengembirian, manakala sterilisasi kucing untuk anak kucing betina dikenali sebagai ‘spaying’.

Pada masa ini, beberapa negara telah mewajibkan pemilik haiwan untuk memandulkan kucing mereka sebelum diambil sebagai kucing angkat dan dibawa ke rumah baru. Memandulkan kucing jantan seawal mungkin adalah pencegahan yang berkesan daripada kucing yang tidak diingini.

Pengembirian (Kucing Jantan) vs Spaying (Kucing Betina)

Pemandulan, atau mengembirikan anak kucing jantan melibatkan pembedahan membuang testikel anak kucing. Pemandulan anak kucing adalah amalan biasa untuk anak kucing domestik dan terbiar. Ia dilakukan untuk mengawal kehamilan dan mencegah kelahiran anak kucing yang tidak diingini, serta mengubah tingkah laku kucing. Kebanyakan kucing jantan menjalani pembedahan pemandulan melalui proses vasektomi, di mana belahan dilakukan pada vas deferents, atau saluran yang menghubungkan testis dengan zakar dan kemudian diikat. Proses vasektomi adalah lebih senang berbanding pengembirian, dan ia berkesan mencegah sel sperma daripada bergerak dari testis, dan menghapuskan keupayaan kucing jantan untuk membiak.

Cara lain yang biasa untuk pengembirian kucing  adalah dengan pembedahan membuka skrotum dengan belahan kecil untuk mengeluarkan buah zakar. Kemudian doktor haiwan menggunakan ‘sutures’ untuk mengikat tali sebelum buah zakar dipotong dan dikeluarkan. Kebiasaannya, belahan pada kulit skrotum adalah sangat kecil sehingga tiada jahitan diperlukan, dan sembuh sepenuhnya dalam masa dua minggu selepas prosedur. Anak kucing jantan yang menjalani pemandulan akan berada di bawah pengaruh bius semasa pembedahan dijalankan.

‘Spaying’, atau pemandulan anak kucing betina dilakukan dengan membuang ovari dan rahim. ‘Spaying’ juga memerlukan bius am sebelum pembedahan laparoscopic dijalankan. Doktor haiwan menjalankan pembedahan dengan membuat belahan kecil pada abdomen anak kucing, di bawah pusat. Rahim dan ovari dikeluarkan daripada belahan dan dibuang secara pembedahan. Walaupun ia benar-benar selamat, belahan pembedahan memerlukan beberapa lapisan jahitan untuk ditutup. Belahan mula sembuh pada minggu pertama prosedur, dan jahitan boleh dikeluarkan dalam 7 hingga 10 hari. Walau bagaimanapun, ‘spaying’ adalah proses yang lebih rumit berbanding pengembirian.

Bagaimanakah pengembirian memberi kesan terhadap tingkah laku kucing?

Pemandulan atau pengembirian kucing, adalah proses pembedahan untuk mensterilikan kucing sepenuhnya untuk menghilangkan keupayaan kucing jantan untuk membiak. Ia juga menghilangkan keupayaan kucing untuk menghasilkan testosteron (hormon seks kucing jantan) secara semulajadi. Jadi, pengembirian anak kucing jantan memberi impak besar terhadap tingkah laku anak kucing yang didorong hormon kucing jantan, yang dikenali juga sebagai tingkah laku seksual dimorfik. Kebiasaannya sikap, personaliti dan latihan kucing tidak terjejas oleh pengembirian kerana hormon seks kucing jantan mempunyai pengaruh sedikit atau tiada terhadap tingkah laku kucing. Sekiranya anda memandulkan kucing jantan pada awal usia, ia akan mengganggu perkembangan ciri seksual sekunder anak kucing, seperti kelenjar di bahagian dorsal ekor anak kucing, batang zakar, rahang besar dan sebagainya.

Sebaliknya, memandulkan anak kucing betina mengakibatkan  pengurangan dorongan seksual atau libido. Tanpa dorongan seksual, kucing betina kurang berkemungkinan untuk membalas panggilan mengawan atau mencari pasangan. Kucing yang telah dimandulkan kurang berkemungkinan untuk ghairah dan memikat kucing jantan, dan akan menjadi lebih senyap. Oleh itu, kucing yang dimandulkan lebih mudah untuk dijinakkan dan ditangani, dan biasanya lebih lembut dan lebih penyayang.

Kebaikan Mengembirikan Anak Kucing

Jika anda tertanya-tanya “perlukah saya memandulkan kucing saya?”, berikut adalah beberapa kebaikan pengembirian kucing:

  • Mengawal populasi:

Membenarkan kucing anda membiak secara normal bukan sahaja memburukkan kesihatannya, tetapi juga akan menyebabkan lebihan populasi. Terdapat kucing yang mengalami komplikasi kesihatan yang serius semasa bersalin atau menyusu. Walau bagaimanapun, tanpa keupayaan untuk membiak, populasi kucing boleh dikawal secara berkesan , dan boleh mengurangkan kos untuk menjaga kucing.

  • Kesihatan:

Selain daripada mengelakkan komplikasi semasa bersalin atau menyusu, memandulkan anak kucing memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesihatan mereka. Oleh kerana ‘spaying’ melibatkan pembuangan rahim dan ovari, kucing yang telah di ‘spay’ tidak berkemungkinan mendapat penyakit seperti jangkitan rahim, cyst ovari, dan juga kanser pada organ pembiakan. Ia juga membantu untuk menyelesaikan masalah menyembur kencing yang biasa terjadi apabila kucing betina dalam keadaan ghairah.

  • Sifat agresif:

Pengembirian anak kucing sangat berkesan untuk menangani sifat agresif kucing. Proses pemandulan kucing memutuskan sepenuhnya pengeluaran testosteron pada kucing jantan. Ia memberi kesan pada tingkah laku dimorfik seksual, termasuk juga sifat agresif. Pemandulan mengurangkan kecenderungan untuk bergaduh atau merayau pada hampir 90% kucing. Tambahan pula, ‘spaying’ kucing betina menyebabkan mereka lebih senyap, penyayang dan lemah lembut.

  • Perubahan fizikal:

Pengembirian kucing jantan tidak memberi kesan pada pertumbuhan fizikal kucing, termasuk tinggi, berat, dan saiz urethra. Walau bagaimanapun, pemandulan memberi kesan pada perkembangan ciri seksual sekunder pada kucing, termasuk batang zakar, rahang besar, dan kelenjar di hujung dorsal ekor kucing.

Usia yang sesuai untuk pemandulan

Walaupun pemandulan awal usia ada kebaikannya, ia juga boleh menyebabkan risiko kesihatan yang serius, seperti tumbesaran tulang abnormal, yang memberi kesan pada struktur fizikal anak kucing. Pengembirian kucing jantan boleh dijalankan pada bila-bila masa, kebanyakan doktor haiwan percaya usia sesuai untuk memandulkan anak kucing adalah apabila mereka berusia 5 atau enam bulan. Ini adalah usia minimum untuk memandulkan kucing. Namun, semua kucing adalah unik, jadi adalah penting untuk berjumpa doktor haiwan sebelum menempah temujanji untuk memandulkan kucing anda.

Tip Penjagaan selepas pemandulan anak kucing

Walaupun tempoh pemulihan selepas prosedur pemandulan atau ‘spaying’ adalah minimum, berikut adalah beberapa tip yang anda boleh gunakan untuk memastikan anak kucing dapat pulih dan sembuh dengan cepat. Tip adalah seperti berikut:

  • Selepas prosedur pemandulan kucing, penting untuk kucing anda berehat untuk menggalakkan penyembuhan. Jadi, penting untuk menjauhkan mereka daripada persekitaran yang menyebabkan mereka teruja seperti kanak-kanak dan kawasan sesak.
  • Kucing anda perlu dihadkan di dalam kawasan kecil yang mudah untuk mereka mendapat makanan, air dan kotak pasir, untuk sekurang-kurangnya 10 hari.
  • Pastikan kucing anda berada di persekitaran yang aman, jauh daripada bunyi kuat dan bising. Elakkan kucing anda daripada melakukan terlalu banyak aktiviti fizikal seperti melompat atas perabot.
  • Kucing menjadi lemah lembut dan lebih tenang selepas dimandulkan. Namun, selepas pemandulan, kucing jantan boleh menunjukkan tanda-tanda agresif kerana sisa hormon seks mereka.
  • Anda boleh menjaga kucing anda selepas dimandulkan dengan memastikan mereka mempunyai tempat yang selesa. Bantal lembut atau selimut adalah terbaik untuk penjagaan selepas pemandulan.

Soalan Lazim Pemandulan Anak Kucing

 

Apakah usia terbaik untuk memandulkan anak kucing jantan?

Usia yang terbaik untuk ‘spaying’ dan memandulkan kucing anda adalah antara usia 5 hingga 6 bulan. Walau bagaimanapun, tidak semua kucing sama, jadi lebih baik untuk mendapatkan konsultasi doktor haiwan dan nasihat profesional bila waktu yang sesuai untuk memandulkan kucing anda. Pastikan anak kucing anda menerima penjagaan sepatutnya selepas pemandulan.

Adakah anak kucing berubah selepas dimandulkan?

Tingkah laku, seperti personaliti, latihan dan kesukaan mereka tidak mungkin berubah selepas mereka dimandulkan. Pemandulan kucing jantan memutuskan mereka daripada sumber testosterone, hormon seks kucing jantan. Ia memberi kesan terhadap tingkah laku yang didorong oleh hormon seks, seperti merayau dan agresif.

Apakah yang akan terjadi jika anak kucing dimandulkan terlalu awal?

Walaupun pemandulan awal boleh membantu mengawal populasi dan mengelak masalah anak kucing yang tidak diingini, jika dilakukan pada usia yang muda, pemandulan boleh melambatkan penutupan plat tulang, mempengaruhi tumbesaran anak kucing. Anak kucing yang dimandulkan terlalu awal juga boleh menyebabkan salur urethra sempit, menambah risiko saluran kencing tersumbat.

Adakah pemandulan menenangkan anak kucing?

‘Spaying’ anak kucing betina boleh mengurangkan libido atau keinginan seks mereka. Tanpa keinginan seks yang mencukupi, anak kucing betina tidak mungkin memberi respon terhadap panggilan mengawan ataupun mencari pasangan semasa mereka berahi. Jadi, memandulkan boleh menenangkan anak kucing betina, menjadikan mereka lebih mesra dan penyayang.

Whiskas brand imagery