Mengawal Kutu Dan Cacing Anak Kucing

Kutu senang dikenali. Dan yang lebih bagusnya juga mudah dirawati. Kutu berwarna perang-kehitaman, dan anda akan melihatnya bergerak di celah-celah bulu anak kucing anda. Mungkin juga terdapat bintik-bintik hitam najis kutu di celah bulunya, dan anda mungkin mendapati anak kucing anda menggaru-garu ataupun menggigit-gigit tubuhnya.
Kutu – Gejala Dan Rawatan

Anda boleh bertanya doktor haiwan untuk nasihat, atau membeli ubat kutu yang terdapat di pasaran di kedai-kedai haiwan peliharaan – pastikan apa yang anda beli itu, sesuai bagi anak kucing. Belilah dalam jumlah yang mencukupi untuk mengubati seluruh isi rumah – malangnya kutu tersebut bukan hanya akan mendiami di atas anak kucing anda! Bersihkan rumah anda dengan teliti dan secukup-cukupnya, vakum semua permaidani dan sembur semua tempat dengan betul-betul rata.
Cacing - Gejala Dan Rawatan
Terdapat dua jenis cacing yang harus anda perhatikan. Cacing kerawit boleh menyebabkan anak kucing anda nampak buncit dan kadangkala menyebabkan muntah. Cacing pita pula akan kelihatan seperti butir-butir nasi pada bekas najisnya, atau pada sekeliling punggung anak kucing anda.
Jika anda nampak salah satu jenis cacing tersebut, usah bimbang. Cacing mudah dirawati – dan mudah dielakkan juga. secara amnya, anda boleh rawat jangkitan cacing ini setiap dua minggu sekali bagi peringkat umur 5-12 minggu dan selepas itu setiap 3-6 bulan sekali. Berbincanglah dengan doktor haiwan anda untuk mendapatkan nasihat dan kefahaman.