Mempertimbangkan untuk membela seekor anak kucing

Berfikir untuk membela seekor anak kucing? Dapatkan semua maklumat yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan.

Apakah Yang Anda Perlu Sediakan Apabila Anda Ingin Memiliki Seekor Anak Kucing

Apakah Yang Anda Perlu Sediakan Apabila Anda Ingin Memiliki Seekor Anak Kucing

 Adakah anda memiliki haiwan peliharaan lain di rumah?

Anda disarankan supaya tidak perlu tergopoh-gapah apabila ingin membawa anak kucing baharu anda untuk tinggal bersama haiwan peliharaan lain. Setiap haiwan perlu mempunyai ruangan sendiri untuk makan, tidur, serta membuang air. Masa diambil untuk menyesuaikan diri dengan teman baharu bergantung kepada haiwan masing-masing. Sebagai contoh, kucing yang berusia secara umumnya mengambil masa lebih lama untuk menyesuaikan diri dengan anak kucing yang baharu dan kebiasaannya ia tidak mahu merapatkan diri kerana tidak semua kucing mudah berkawan.

Adakah anda sering bekerja lewat atau selalu tidak berada di rumah?

Anak kucing boleh tertekan jika ia ditinggalkan bersendirian untuk jangka masa panjang. Tambahan pula, mereka memerlukan makanan ringan setiap 3-4 jam. Oleh itu, jika cara hidup anda tidak membenarkan anda untuk menjaga anak kucing, anda disarankan untuk mengambil kucing dewasa kerana ia lebih berdikari dan anda juga boleh mendapatkan 2 ekor supaya ia berteman. Jika anda sering tiada di rumah, carilah seseorang untuk menjaga kucing-kucing anda semasa ketiadaan anda.

Menjaga kucing di dalam atau di luar rumah?

Anak kucing seharusnya berada di dalam rumah sehingga mereka telah divaksin. Disyorkan untuk mensterilkan mereka sebelum mereka matang kerana kucing jantan gemar keluar untuk bergaduh dengan kucing yang lain sementara kucing betina pula boleh mengandung seawal 4 bulan. Doktor haiwan boleh menasihat bila kucing boleh disterilkan. Jika rumah anda berada di jalan yang besar dan tidak mempunyai laman, kucing sebaik-baiknya diletakkan di dalam rumah tetapi sekali sekala biarkan mereka bermain di kawasan luar. Pastikan rumah anda mempunyai barang mainan, pencakar kuku, dan tikar supaya kucing anda kekal aktif. Berinteraksi secara harian dengan bermain dan membelai amat digalakkan.

Perbelanjaan

Secara purata, kos penjagaan kucing yang sihat adalah antara 20,000 – 30,000 Baht Thai (RM2,000 - RM4,000) setahun. Ini termasuk makan, insuran, dan lawatan ke doktor haiwan.


Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent