Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Persediaan untuk Menyambut Seekor Anak Kucing

“Anak kucing sepatutnya berada di bilik yang selesa dan sunyi selama 2-3 hari untuk memudahkannya menyesuaikan diri dengan tempat baharu”

Selepas anda memilih anak kucing yang sesuai dengan anda, inilah masanya untuk anda menyediakan segala keperluan bagi menyambut ketibaan ahli keluarga baharu!

Persediaan untuk Menyambut Seekor Anak Kucing Beg Galas Kucing

Beg galas kucing digunakan untuk membawa anak kucing yang baharu ke rumah dan untuk membawanya ke mana-mana. Oleh itu, adalah lebih baik untuk membiasakan teman felin anda dengan rumah mudah alihnya. Namun, atu peringatan utama adalah bahawa  tidak disyorkan menggunakan beg galas hanya ketika anda membawa kucing berjumpa doktor haiwan. Sekiranya anda berbuat demikian, anak kucing anda pasti akan melarikan diri setiap kali anda mengeluarkannya daripada beg galas tersebut!

Persediaan untuk Menyambut Seekor Anak Kucing Mangkuk Makanan dan Minuman

Secara umumnya kucing tidak suka mangkuk yang jeluk kerana ia tidak suka misainya bersentuhan dengan mangkuk. Sebaliknya, disyorkan untuk menggunakan dulang atau mangkuk yang leper.

Persediaan untuk Menyambut Seekor Anak Kucing Bekas Najis Kucing

Anak kucing juga memerlukan tandas jadi anda perlu menyediakan bekas najis dengan pasir kucing dan pencedok untuk membuang najis. Kami mengesyorkan jenama “Catsan” kerana kualiti dalam penyerapan yang membantu mengawal bau dan mengelakkan pasir daripada bergumpal.

Persediaan untuk Menyambut Seekor Anak Kucing Makanan Anak Kucing

Oleh kerana anak kucing memerlukan pemakanan yang lengkap dan seimbang, Whiskas® Junior merupakan makanan sempurna untuk anak kucing anda kerana ia dirumus khas dengan nutrien yang diperlukan oleh anak kucing sejak lahir sehingga berusia 12 bulan. Semasa dalam tempoh transisi dari Makanan Anak Kucing ke Makanan Kucing Dewasa, disyorkan untuk memberikan kucing itu sebanyak 5-7 kali sehari.

Persediaan untuk Menyambut Seekor Anak Kucing Permainan dan Mainan

Setiap anak kucing memerlukan barang mainan! Bermain bukan sahaja untuk menyihatkannya dan meluangkan masa dengan pemiliknya tetapi ia juga membantu di dalam perkembangan anak kucing itu. Anak kucing akan bermain dengan apa-apa barangan yang bergerak atau menyerupai mangsanya. Selain itu, anda boleh menyediakan pencakar kuku kerana ia akan dapat menajamkan kuku mereka dan ini boleh mengurangkan risiko perabot anda daripada dirosakkan oleh mereka.

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang