Enter a keyword below to search for articles and products.
Satu persoalan yang selalu bermain di fikiran pemilik kucing adalah – sama ada membenarkan kucing mereka bebas di luar rumah atau lebih baik berada di dalam rumah sahaja.
Kucing suka bersiar-siar di luar kerana secara genetik mereka akan berkeliaran dan memburu di alam liar. Ini menyebabkan mereka terdedah kepada bahaya yang boleh membawa maut. Walau bagaimanapun, mengurung mereka di dalam rumah sepanjang masa juga adalah tidak sihat untuk si comel. Mereka bukan sahaja menjadi murung tetapi juga menjadi gemuk atau obes disebabkan kekurangan aktiviti fizikal.
Walau apa pun, pemilik kucing hanya mahukan si comel sihat dan gembira. Oleh itu, jika anda bimbang sama ada membiarkan mereka di luar atau mengurung mereka di dalam rumah, artikel ini akan memberi panduan kepada anda untuk membuat keputusan yang sewajarnya.
Walaupun jangka hayat kucing bergantung kepada pelbagai faktor seperti baka, purata jangka hayat kucing yang dibela di dalam rumah didapati lebih panjang berbanding dengan kucing yang dibela di luar rumah. Kucing yang dibela di dalam rumah selalunya menikmati kehidupan yang sihat antara 12 hingga 15 tahun, manakala kucing yang dibela di luar rumah amat jarang mencapai usia 8 hingga 10 tahun. Di alam liar, terdapat risiko yang tinggi yang boleh mengancam jangka hayat kucing. Kucing yang dibela di luar rumah sering menjadi mangsa haiwan yang lebih besar seperti anjing dan rubah, atau menghadapi ancaman seperti kebuluran, cuaca buruk, penyakit dan lalu lintas. Kebiasaannya kucing yang dibela di dalam rumah terlindung daripada risiko ini.
Kucing yang dibela di dalam rumah dan kucing luar, kedua-duanya menghadapi risiko mendapat penyakit pada suatu ketika, tetapi penyakit ini lebih mengancam nyawa kucing yang dibela di luar rumah. Walaupun kucing yang dibela di luar rumah mudah mendapat penyakit yang membawa maut, kucing yang dibela di dalam rumah pula mudah menjadi obes kerana kurang bersenam.
Beberapa jenis penyakit yang biasa dihidapi kucing:
AIDS Kucing adalah penyakit kronik yang sangat biasa dihidapi oleh kucing yang dibela di luar rumah. Selain boleh membawa maut, AIDS kucing sangat dibimbangi pemilik kucing kerana ia mudah berjangkit.
FIP adalah penyakit disebabkan virus yang sangat biasa dihidapi oleh kucing liar dan kucing yang dibela di luar rumah. Simptomnya seperti keracunan darah, demam, pendarahan, hilang selera makan dan muntah. Setelah dikesan, FIP akan bertambah teruk dangan cepat dan boleh membunuh kucing dalam beberapa bulan.
Jangkitan salur pernafasan agak biasa dihidapi kucing yang dibela di luar rumah. Walaupun URI tidak membawa maut, ia boleh memberi kesan terhadap sistem imun mereka, menjadikannya mudah terdedah pada penyakit lain.
Beberapa parasit yang biasa menyerang kucing adalah:
Cacing bulat adalah parasit usus yang menyebabkan jangkitan gastrik yang menyebabkan cirit-birit, ketidakselesaan pada abdomen, muntah, kurang selera dan hilang berat badan
Cacing pita pula parasit penyebab penyakit yang ditemui dalam bahagian bawah usus kucing dan mudah berpindah ke kucing yang sihat melalui perkongsian kotak pasir kucing.
Kucing yang dibela di luar rumah dan juga kucing yang dibela di dalam rumah menghadapi risiko mendapat cacing kerawit daripada kutu kucing dan najis yang dijangkiti cacing.
Berikut adalah beberapa kebimbangan keselamatan yang perlu difikirkan sebelum membiarkan mereka di luar:
Jika dibandingkan dengan kucing yang dibela di luar rumah, kucing yang dibela di dalam rumah terpelihara daripada penyakit dan parasit. Kucing yang dibela di luar rumah boleh berisiko jatuh sakit kerana tertelan bahan toksik atau minum air dari sumber yang tercemar. Kucing yang dibela di luar rumah juga boleh menghidapi AIDS kucing, leukopenia kucing dan penyakit bawaan serangga seperti kutu dan lintah.
Kemalangan di tepi jalan adalah salah satu ancaman luar yang biasa dan serius yang dihadapi kucing. Oleh itu, akses luar yang tidak terkawal adalah kebimbangan keselamatan di kalangan pemilik kucing yang tinggal di sebelah lebuh raya atau jalan raya yang sibuk. Selain kemalangan, jatuh dari tempat tinggi atau cedera semasa memanjat juga adalah biasa di kalangan kucing yang dibela di luar rumah berbanding kucing yang dibela di dalam rumah
Kucing yang dibela di luar rumah sering menghadapi risiko besar diserang pemangsa seperti helang, anjing, rakun dan coyote. Oleh itu, jika anda tidak pasti sama ada kejiranan anda selamat daripada haiwan pemangsa yang besar, lebih baik elakkan mereka mengembara di luar melainkan anda menemaninya.
Membiarkan mereka jalan bersendirian terutamanya di kejiranan yang baru bukanlah idea yang baik kerana persekitaran yang mereka tidak biasa boleh menyebabkan mereka tersesat. Jika kucing anda mencederung mengembara di luar, pasang cip mikro dan jejak mereka dengan kolar GPS supaya anda tahu di mana si comel berada setiap masa.
Kucing suka kebebasan dan dikurung di dalam rumah boleh menyebabkan kucing yang dibela di dalam rumah berasa stress dan murung. Berkurung di dalam rumah kucing luar rumah boleh menyebabkan mereka hilang sabar, berasa jengkel dan resah. Oleh itu, penting untuk anda pastikan kucing yang dibela di dalam rumah menerima rangsangan fizikal dan mental yang mencukupi untuk kekal ceria dan sihat. Anda boleh mengikuti beberapa tip yang bermanfaat di bawah untuk memastikan kucing yang dibela di dalam rumah anda dirangsang:
Kucing yang dibela di dalam rumah dan kucing yang dibela di luar rumah mempunyai kelebihan dan juga kekurangan. Walau bagaimanapun, apabila berkenaan dengan kesihatan dan jangka hayat, kucing yang dibela di dalam rumah adalah lebih sihat dan hidup lebih lama berbanding kucing yang dibela di luar rumah.
Sudah menjadi lumrah bagi kucing yang dibela di dalam rumah mahu keluar mengembara. Tidak mengapa membiarkan kucing yang dibela di dalam rumah untuk meluangkan masa keluar mengembara tetapi sentiasa pastikan mereka diperiksa untuk penyakit dan parasit.
Kucing luar rumah mempunyai akses mudah untuk mengembara dan bebas menjalani kehidupan mereka. Oleh itu, sifat ingin tahu dan keperibadian mereka lebih menonjol dan berpuas hati. Kucing yang dibela di dalam rumah pula sering berasa terkongkong, menyebabkan mereka berasa jengkel atau kecewa.
Kucing yang dibela di dalam rumah selalunya kurang kebebasan berbanding kebebasan yang dinikmati oleh kucing yang dibela di luar rumah. Ini menyebabkan mereka berasa jengkel atau kecewa. Walau bagaimanapun, berada di dalam rumah menghapuskan risiko terhadap kesihatan mereka. Hanya pastikan mereka sentiasa dirangsang, diberi makan dan terhidrat secukupnya.