Enter a keyword below to search for articles and products.
“Anak kucing perlu bebas untuk menerokai bahagian dalam dan luar rumah anda supaya ia boleh bermain, terhibur dan kekal selamat”
Anak kucing anda akan menjadi kucing dalam rumah atau luar rumah? Dengan memahami naluri semulajadi ia, anda boleh memastikan ia mempunyai kehidupan bahagia ke mana sahaja dia pegi.
Di dalam habitat semula jadi, kawasan jajahan kucing besar biasanya dibahagikan kepada ruang tempat tinggalnya dengan ruang untuk memburu yang lebih luas. Rumah anda akan menjadi ruang tempat tinggal anak kucing anda. Jika anak kucing anda tinggal di dalam rumah, keluasan ruang tersebut adalah sejauh yang ia boleh pergi. Jika ia pergi ke luar rumah, ruang luas ini boleh menjadi lebih besar daripada apa yang anda sangkakan! Dalam hal ini, kawasan jajahannya bergantung kepada makanan yang ada di kawasan tersebut dan kawasan jajahan kucing-kucing lain.
Jika anda memiliki anak kucing yang dibela di luar rumah, pemburu kecil anda tidak akan mempunyai kekurangan dari segi rangsangan. Ia akan membina kawasan jajahannya sendiri, menggunakan pokok-pokok dan sudut-sudut yang baik untuk meronda dan mencakar serta meninggalkan kesan bau sebagai tanda.
Walaupun ada benarnya persekitaran ini – memberi anak kucing anda peluang semula jadi untuk memburu, memanjat dan meneroka – kadang-kala ianya boleh mendatangkan bahaya, jangan lupa bahawa anak kucing anda mempunyai naluri untuk hidup yang sangat kuat. Jadi walaupun ia di luar rumah dan merayau-rayau, jangan bimbang!
Jika anda ingin membenarkan kucing anda berada di luar rumah, pastikan anda memasang kolar dan tanda nama pada lehernya. Juga, berbincang dengan doktor haiwan anda untuk mendapatkan mikrocip untuk anak kucing anda – ini akan membantu anda mengesannya jika anak kucing anda hilang.
Hujan lebat, bunga api dan majlis yang riuh-rendah boleh menakutkan anak kucing yang kecil. Jika anda tahu kejadian seperti ini berlaku di kawasan kediaman anda, pastikan sahabat felin anda selamat dan berada di dalam rumah.
Menyimpan anak kucing anda di dalam rumah bermakna anda tidak perlu berasa bimbang dengan dunia di luar. Namun semuanya sama, si pengembara kecil di dalam rumah anda masih boleh terdedah pada bahaya? Sifat ingin tahu si anak kucing yang suka untuk meneroka di tempat-tempat seperti pendiang, serombong, tingkap yang tidak ditutup, tungku dapur, mesin basuh dan pengering. Pastikan anda memeriksa tempat-tempat seperti ini secara berkala dan jika boleh, anda boleh menutup tempat-tempat tersebut apabila ia tidak digunakan.
Anak-anak kucing yang tinggal di dalam rumah memerlukan banyak rangsangan. Dengan cara itu ia boleh mengikut naluri semula jadinya untuk bermain dan memburu. Pastikan anak kucing anda mempunyai alat mainan yang mencukupi, tempat mencakar yang baik, tempat untuk memanjat dan bekas najis yang mudah dilihat.