Enter a keyword below to search for articles and products.
Kucing telah menjadi rakan yang paling menawan hati sejak 12,000 tahun yang lalu. Populariti mereka tidak pernah merosot sejak mereka menawan hati kita semua dengan kehebatan serta daya tarikan yang tidak dapat dinafikan.
Bercakap mengenai kuku kucing, tiada pemilik kucing yang mendapat cakaran pernah terlepas daripada cinta ganas si comel. Walaupun kucing mempunya sejarah panjang mencakar pemiliknya, adalah tidak adil untuk menganggapnya tidak mesra. Kucing adalah sangat penyayang dan suka bermain dan sering mencakar manusia kegemarannya sebagai tanda permainan sosial dan kasih sayang. Walau bagaimanapun, tidak semua pemilik kucing suka dicakar dengan kuku si comel yang tajam. Berikut adalah panduan ringkas cara melayan kucing anda dan mengelakkan daripada dikasari.
Kucing mempunyai kuku yang boleh ditarik masuk, ia biasanya tersimpan selamat di dalam tapak kakinya yang comel. Keupayaan untuk menarik kuku masuk semula ke dalam tapak kakinya membolehkan kucing berjalan hampir tiada bunyi dan mengelak daripada mencederakan diri sendiri tanpa sengaja. Walau bagaimanapun, kuku mereka terus tumbuh sepanjang hayat mereka serta tumbuh dalam lapisan. Oleh itu, penting untuk memotong kuku mereka sekurang-kurangnya sekali setiap dua bulan. Jika kuku dibiarkan tumbuh terlalu lama, ia sering menyebabkan serangan bakteria kerana kuku kucing terbentuk daripada sel keratin yang mati.
Memandangkan kuku selalunya tersimpan di dalam tapak kaki, adalah penting untuk berhati-hati dan amalkan kaedah pemotongan kuku yang betul semasa memotong kuku kucing anda.
Berikut adalah beberapa tip cara potong kuku kucing:
Selain mengetahui cara potong kuku kucing, penting juga untuk anda ketahui berapa kerap anda mesti potong kuku kucing. Kuku kucing adalah tajam secara semulajadi kerana mereka menggunakannya untuk memburu makanan dan kuku adalah senjata utama untuk menyerang pemangsa lain. Jadi, memotong kuku mereka akan menghilangkan keupayaan mereka untuk mempertahankan diri. Oleh itu, potong kuku mereka apabila kuku agak panjang, kerana ia boleh berisiko mencederakan si comel atau pertumbuhan bakteria. Kuku kucing tumbuh sepanjang hayatnya tetapi hanya perlu dipotong setiap dua hingga tiga bulan.
Selain daripada mengetahui bila untuk potong kuku kucing, anda harus pastikan cakar kucing kekal sihat dan berfungsi dengan menyediakan alatan berikut:
Selain memburu untuk makanan, kucing juga sering menjadi mangsa haiwan yang lebih besar seperti anjing dan coyote. Oleh itu, mencakar kuku kucing dapat membantu mereka mengasah kuku yang akan digunakan apabila diperlukan. Selain itu, mencakar juga membantu kucing untuk menyingkirkan sel kulit mati yang mungkin terkumpul di bawah tapak kaki mereka. Ini yang boleh menyebabkan jangkitan kuman. Mencakar juga membantu kucing menandakan wilayah dengan meninggalkan bau mereka. Tiang mencakar yang terdapat di pasaran adalah alatan tambahan yang terbaik di rumah yang mempunyai kucing kerana ia membantu kucing mengasah kuku mereka tanpa perlu mengasah pada pintu dan perabot.
Soft Paws juga dikenali sebagai pelindung kuku kucing, terdapat dalam pelbagai jenis dengan warna dan reka bentuk yang menarik. Pelindung kuku kucing Soft Paws adalah mudah dan tidak menyakitkan untuk digunakan dan berfungsi sebagai sarung kuku si comel yang dapat mengelakkan mereka daripada mencakar tanpa sengaja. Soft Paw boleh digunakan dengan mudah jika anda tidak sempat memotong kuku mereka.
Berikut adalah beberapa jenis biasa pemotong kuku:
Gunting yang mempunyai bilah bersudut dapat membantu memotong kuku kucing tanpa merosakkan kulit halus mereka.
Pengisar adalah peralatan elektrik yang dicaj yang boleh membantu melicinkan kuku tajam mereka dengan mudah. Pengisar adalah sesuai digunakan oleh pemilik kucing yang berpengalaman.
Plier/playar adalah pemotong kuku kucing yang popular dengan bilah kecil dan tajam. Ia mudah untuk digunakan dan terdapat hampir di semua kedai haiwan peliharaan.
Pemotong kuku guillotine lebih popular di kalangan pendandan dan penggaya haiwan peliharaan professional.
As kittens, felines are used to rough play which often includes playfully scratching and biting their loved ones. However, they do not always realise that their claws can hurt their favourite humans, however innocent and loving their intentions may be.
Sebagai anak kucing, mereka terbiasa bermain dengan kasar termasuk bermain-main mencakar dan gigit orang kesayangannya. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyedari yang kuku mereka boleh mencederakan orang kesayangannya, tetapi niat mereka yang sangat lurus dan penyayang mungkin boleh menyakitkan.
Tidak, anda tidak semestinya potong kuku kucing, melainkan kuku tumbuh terlalu panjang. Kucing bergantung pada kukunya untuk pelbagai tujuan seperti memanjat dan menandakan wilayah mereka, ia akan menyulitkannya jika anda baru ketip kuku kucing.
Apabila kuku tumbuh terlalu panjang, kuku si comel akan melengkung dan tumbuh ke dalam tapak kaki lembut mereka. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan yang amat sangat. Kegagalan untuk potong kuku kucing boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria.
Memotong kuku boleh menyebabkan kucing berasa tidak selesa dan cerewet. Oleh itu, elakkan memotong kuku mereka semasa mereka bermain atau stress. Penting untuk memotong kuku si comel semasa mereka santai dan selesa, contohnya selepas waktu makan.
Walaupun kebanyakan kucing bertolak ansur semasa kukunya dipotong oleh seseorang yang mereka sayangi, adalah idea yang baik untuk berikan mereka ganjaran snek kucing atau berikan mereka kasih sayang. Ia dapat membantu mereka kekal tenang semasa anda memotong kuku mereka.