Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Ketip Kuku Kucing: Cara Memotong Kuku Kucing & Banyak Lagi

Anak-anak kucing liar menjaga kuku-kukunya dengan mencakar pada pokok-pokok ataupun pagar-pagar, tapi bagi anak kucing anda yang tinggalnya di dalam rumah, anda perlu melihat kuku-kukunya dengan lebih kerap.

Kuku-kuku kecil anak kucing anda yang tajam itu amat menakjubkan. Ia membantunya mengimbangi diri di atas permukaan lembut dan licin dan memberikannya cengkaman yang kuat sewaktu memanjat dan berpaut kepada sesuatu. Jadi amat penting kuku anak kucing anda berada dalam keadaan yang baik.

Kuku Anak Kucing Melakukan Pemeriksaan Secara Tetap

Atas sebab kuku-kuku anak kucing anda ini dilindungi oleh sejenis sarung, ia jarang sekali rosak. Bagaimanapun, lebih baik ia dilihat secara tetap untuk pastikan ia tidak tumbuh terlalu panjang. Anak-anak kucing liar menjaga kuku-kukunya dengan mencakar pada pokok-pokok ataupun pagar-pagar, tapi bagi anak kucing anda yang tinggalnya di dalam rumah, anda perlu melihat kuku-kukunya dengan lebih kerap.

Kuku Anak Kucing Menyediakan Tiang Menggaru

Jika anda mempunyai seekor anak kucing yang diam di dalam rumah, maka tiang menggaru adalah merupakan satu jalan keluar untuk tabiat semula jadinya – dan ia juga bagus untuk menjaga perabot anda.

Kuku Anak Kucing Tanya Doktor Haiwan anda

Pertama kali anda perasan kuku-kuku anak kucing anda telah panjang, bawa ia ke doktor haiwan. Dengan cara ini, anda boleh melihat bagaimana ia dilakukan oleh pakar, dan pilih sama ada anda mahu melakukannya sendiri di masa hadapan.

Kuku Anak Kucing Ketip kuku di rumah

  • Anda boleh menggunakan pengetip kuku yang biasa, atau beli yang khas daripada kedai haiwan peliharaan. 
  • Pastikan anda melakukannya di bawah cahaya yang terang
  • Elakkan memotong kuku merah yang tumbuh cepat pada dasar kuku anak kucing anda itu
  • Sediakan makanan sedap sebagai upah setelah siap.

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang