Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Pengasuhan Kucing & Cara Lain untuk Menjaga Kucing Anda Apabila Anda Tiada di Rumah.

Bagi kebanyakan pemilik kucing, si comel dianggap seperti anak mereka sendiri. Jadi, apabila mereka meninggalkan si comel di rumah untuk perjalanan berkaitan pekerjaan atau percutian, ia semestinya memedihkan hati.

Tambahan pula, pemilik kucing sentiasa bimbang dengan keselamatan dan kesejahteraan si comel dan berusaha keras untuk memastikan anak kucing dilindungi dan gembira semasa ketiadaan mereka. Pemilik baharu kucing mungkin berasa lebih sukar meninggalkan kucing di rumah kerana mereka mempunyai banyak persoalan mengenai penjagaan kucing semasa ketiadaan mereka. Walaupun sukar untuk mengucapkan selamat tinggal pada si comel, panduan ringkas ini adalah untuk pemilik baharu kucing supaya mereka dapat membiasakan diri dengan beberapa cara efektif menjaga anak kucing semasa ketiadaan mereka.

Penjagaan Kucing

Penjagaan kucing telah menjadi salah satu cara yang paling popular dan mudah untuk pemilik kucing mencari penjaga kucing semasa ketiadaan mereka. Penjagaan kucing secara amnya melibatkan individu terlatih datang ke rumah anda semasa anda tiada dan bertanggungjawab menjaga kucing anda. Perkhidmatan penjagaan kucing di rumah adalah mudah kerana mereka akan memastikan anak kucing dapat tinggal di rumah sendiri. Kebanyakan penjaga kucing memberikan perkhidmatan hantar-masuk(drop-in) dan juga bermalam. Perkhidmatan hantar-masuk(drop-in) merujuk kepada perkhidmatan yang memerlukan penjaga kucing datang ke rumah pada masa yang dipersetujui untuk memberi makan dan berinteraksi dengan kucing. Perkhidmatan bermalam pula bermaksud penjaga terlatih profesional menginap di rumah sepanjang tempoh ketiadaan pemilik kucing untuk memastikan kucing sihat dan segar.

Keluarga dan Rakan-rakan

Perkhidmatan penjagaan kucing memang mudah tetapi sangat mahal. Malah perkhidmatan hantar-masuk(drop-in) juga melibatkan kos yang tinggi. Jika anda bercadang keluar rumah untuk jangka masa yang lama, salah satu pilihan yang berpatutan dan selamat adalah dengan mengatur penjagaan kucing anda bersama keluarga dan rakan anda. Memandangkan si comel mungkin sudah biasa dengan kehadiran rakan rapat dan ahli keluarga anda, ia bukan sahaja menjimatkan kos, malah ia lebih mudah untuk si comel berada di samping mereka. Kucing selalunya memerlukan masa untuk menerima orang baharu tetapi wajah keluarga dan rakan anda yang dikenali boleh membantu mereka berasa tenang apabila mereka merindui anda. Rakan rapat dan ahli keluarga juga mungkin tahu kegemaran kucing anda dan seterusnya dapat membantu untuk mengelakkan stress.

Cattery

Cattery ialah pertubuhan yang direka khas untuk menjaga kucing. Cattery setempat telah menjadi pilihan yang paling digemari oleh pemilik kucing kerana ia juga menawarkan perlindungan pada kucing lain. Oleh itu, di cattery setempat, kucing anda boleh bermain, bergaul dan berinteraksi dengan kucing lain. Memandangkan kebanyakan kucing tidak selalunya selesa berpindah ke lokasi baharu, cattery setempat boleh membantu mengurangkan stress dengan kehadiran kucing lain. Cattery setempat juga menawarkan harga berpatutan dan menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan oleh kucing sepanjang mereka tinggal di sana. Walau bagaimanapun, jika anda menghantar kucing anda ke cattery semasa anda tiada, penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu seperti memberikan vaksin kepada mereka dan memastikan mereka diperiksa doktor haiwan selepas itu agar mereka tidak dijangkiti penyakit kucing berjangkit.

Kamera Kucing

Jika anda perlu berjauhan daripada kucing untuk beberapa jam, seperti bekerja setiap hari, anda boleh memantau si comel dengan kamera kucing semasa anda tiada. Selain dapat melihat kucing anda setiap masa, kamera kucing sangat bagus untuk tujuan pengawasan, memastikan rumah anda selamat semasa ketiadaan anda. Terdapat juga kamera kucing yang dilekatkan pada rantai leher kucing, ia membolehkan anda memantau kucing 24/7 dan dapat melihat dunia melalui perspektif mereka. Kamera kucing juga boleh diprogramkan dengan beberapa ciri kualiti hidup (quality-of-life), yang memudahkan anda berinteraksi dengan kucing semasa anda tiada di luar rumah. Ciri yang paling digemari yang terdapat pada model terbaharu kamera kucing adalah pengesanan pergerakan, penglihatan waktu malam, amaran audio dengan pembesar suara dua hala, dispenser snek kucing dan mainan laser interaktif untuk memastikan kucing anda aktif.

Snek dan Makanan

Setiap kali anda tiada di rumah, kemungkinan besar kucing akan merindui anda. Walau bagaimanapun, kucing sangat suka makan dan makanan adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan stress mereka semasa anda tiada di rumah. Kucing menyukai kepelbagaian dalam hidangan harian mereka. Oleh itu, anda boleh simpan makanan dan snek kegemarannya di tempat yang mudah untuk mereka dapatkannya untuk memastikan mereka diberi makanan sebaiknya. Memilih dispenser makanan automatik yang mengeluarkan kuantiti makanan kucing secara terkawal adalah cara terbaik untuk memastikan mereka diberi makan yang secukupnya sehingga anda pulang ke rumah.

Dispenser Air

Kucing perlu minum air secukupnya untuk mengekalkan kesejahteraan mereka. Oleh sebab kucing dan air tidak serasi, pemilik kucing sering bimbang sama ada kucing mereka cukup terhidrat. Tambahan pula, air yang minuman untuk kucing perlu diganti sekali sekala untuk mengelakkan air tercemar dan menjadi sukar bagi pemilik kucing meninggalkan si comel. Oleh itu, melabur pada dispenser air automatik adalah idea bijak jika anda merancang untuk meninggalkan kucing anda sendirian di rumah. Dispenser air automatik akan mengeluarkan jumlah air yang mencukupi untuk kucing anda minum selepas sela masa yang ditetapkan. Dispender akan mengeluarkan dan mengisi semula air secara automatik untuk memastikan kucing anda terhidrat dan mudah mendapat air segar pada setiap masa.

Soalan Lazim mengenai Penjagaan Kucing Apabila Anda Tiada di Rumah

Apakah yang perlu saya lakukan dengan kucing saya sekiranya saya tiada di rumah?

Untuk memastikan kucing anda kekal sihat semasa anda tiada, anda boleh pilih untuk hantar ke cattery atau perkhidmatan penjagaan kucing. Anda juga perlu memastikan mereka cukup makan dan terhidrat semasa anda tiada.

Bolehkah saya tinggalkan kucing saya sendirian selama beberapa hari?

Walaupun ianya tidak digalakkan, anda boleh meninggalkan anak kucing selama 2 hingga 3 hari bersendirian di rumah tanpa pengawasan. Hanya pastikan makanan, air dan pasir kucing yang mencukupi untuk mereka membuang najis.

Adakah kucing ingat pada pemiliknya apabila bersendirian selama beberapa hari?

Kucing adalah territorial dan tidak bergantung pada sesiapa tetapi mereka juga sangat penyayang dan merindui orang tersayang semasa ketiadaan pemilik mereka. Jadi anda tidak perlu risau kucing melupakan anda apabila ditinggalkan bersendirian selama beberapa hari.

Whiskas brand imagery