Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Penyesuaian Rumah yang Ada Kucing: Cara Penjagaan Kucing di Rumah

Bawa pulang anak kucing ke rumah? Ia semestinya masa yang mengujakan untuk anda tetapi adakah anda telah memastikan rumah anda adalah ruang yang selamat untuk anak kucing? Anak kucing mempunyai naluri ingin tahu dan suka meneroka tempat baharu.

Oleh itu, penting untuk memastikan ruang kediaman anda sesuai dengan anak kucing. Ini termasuk melindungi perabot anda, mengunci kabinet dengan selak kalis kanak-kanak, memastikan halaman belakang dan garaj bebas daripada objek dan barang toksik yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pengembara comel ini. Jika anda keliru di mana dan bagaimana untuk memulakan penyesuaian rumah ada kucing, anda tidak perlu risau lagi! Berikut merupakan sepuluh langkah penting mengenai cara penjagaan kucing di rumah untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak kucing anda. Dengan mengikuti cara ini, anda akan yakin bahawa kucing baharu boleh meneroka rumah anda dengan selamat dan menikmati hidup yang bahagia, sihat dan sempurrna.

Kenapa perlu penyesuaian anak kucing?

Anak kucing suka bermain dengan tenaga tidak terbatas dan suka pengembaraan. Mereka pasti akan menerkam, melompat atau mencakar apa sahaja yang menarik minat mereka (secara jujur, kebanyakan perkara!). Oleh itu, mereka sering mencederakan diri sendiri atau merosakkan barangan rumah. Rumah anda perlu penyesuaian anak kucing bagi mengelakkan kedua-duanya. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dipertimbang semasa menyediakan rumah kucing yang selamat.

  • Berhati-hati dengan barang-barang kecil seperti guli, kepingan papan permainan dan juga sampah kerana ianya berbahaya untuk anak kucing kesayangan anda.
  • Jauhkan semua barang mudah pecah sementara waktu kerana anak kucing mudah memusnahkannya.
  • Anda tidak boleh menghalang anak kucing daripada memanjat dan bergerak ke semua arah. Oleh itu, berjaga-jaga dengan semua pintu dan tingkap yang terbuka kerana mereka boleh melarikan diri melaluinya.
  • Ingat bahawa anak kucing tidak dilatih untuk membezakan antara snek kucing dan makanan yang ada potensi toksik.
  • Anak kucing suka mencakar, oleh itu jauhkan pakaian, kasut dan cadar kegemaran anda dari kawasan mereka.

Langkah untuk Penyesuaian Anak Kucing di Rumah Anda

  1. Periksa dengan teliti setiap inci ruang rumah anda

    Ini adalah langkah pertama untuk penyesuaian rumah ada anak kucing. Anak kucing boleh masuk ke dalam mana-mana ruang dan memanjat ke atas hampir semua permukaan. Anda perlu masuk ke dalam setiap bilik di rumah anda dengan sifat anak kucing untuk mengenalpasti sisi tajam yang boleh mencederakan anak kucing atau rak yang ada perhiasan kaca yang mungkin mereka rosakkan. Anda perlu memastikan rumah anda adalah tempat perlindungan, rumah penjagaan kucing yang sempurna di mana anak kucing berasa selamat dan bahagia.

  2. Simpan alas meja, permaidani dan cadar kegemaran anda

    Simpan barang berharga anda yang mudah tercalar jika anda tidak mahu anak kucing mencarik-cariknya! Selain itu, sarung pelindung sofa adalah satu kemestian.

  3. Pastikan pintu ditutup pada setiap masa

    Ini termasuk pintu mesin basuh-pengering dan bilik mandi anda. Anak kucing bukan sahaja boleh melarikan diri melalui pintu dan tingkap rumah yang terbuka tetapi mungkin akan menganggap mesin basuh-pengering sebagai ruang yang selamat dan hangat. Mereka juga akan cuba untuk minum air dari tandas, dan ia boleh berisiko mendapat beberapa kecederaan.

  4. Kunci cabinet dengan kunci kalis kanak-kanak

    Langkah ini adalah untuk mengelakkan si comel secara tidak sengaja menelan ubat atau barang yang ada potensi toksik. Ini juga memastikan barang dalam kabinet tidak dirosakkan oleh anak kucing yang serba ingin tahu.

  5. Jangan biarkan makanan tidak bertutup

    Bau makanan pasti akan menarik minat anak kucing anda untuk merasainya. Terdapat makanan manusia tertentu yang tidak boleh dimakan oleh kucing seperti coklat dan kismis.

  6. Pastikan semua wayar di rumah anda disarung dengan PVC yang tidak boleh dikunyah

    Anak kucing mempunyai tabiat mengunyah wayar yang boleh menyebabkan risiko melecur dan terkena renjatan elektrik. Oleh itu, pastikan wayar perkakas elektrik tidak berjuntai dalam jangkauan mereka dan disarung PVC yang tidak boleh dikunyah.

  7. Beli keperluan tertentu untuk anak kucing

    Keperluan anak kucing seperti tiang mencakar yang kukuh, alat kunyah dan mainan adalah penting untuk memastikan anak kucing bermain dan terhibur. Letakkan ia di tempat strategik berhampiran dengan perabot yang mereka suka cakar seperti sofa. Kucing yang resah akan lebih tertarik kepada alat mencakar dan alat kunyah berbanding perabot anda.

  8. Buat pemeriksaan rutin terhadap benda kecil atas lantai

    Pastikan tiada benda kecil seperti gula-gula, guli, pemadam, mainan kecil, gelang getah dan sebagainya dalam jangkauan kucing kerana anak kucing boleh mencederakan diri mereka sendiri dengan menelan benda-benda ini.

  9. Tumbuhan hias rumah tertentu mungkin toksik kepada kucing

    Jika anda juga memiliki tumbuhan, anda perlu ingat bahawa tumbuhan tertentu seperti teratai, azalea, mistletoe, poinsettia dan philodendron adalah sangat toksik pada anak kucing dan mesti dijauhkan daripada jangkauan mereka.

  10. Pastikan sebarang bentuk kawalan serangga perosak yang digunakan adalah selamat untuk haiwan

    Memandangkan sesetengah produk kawalan serangga perosak komersial boleh menyebabkan kucing sakit teruk jika dimakan, pastikan anda hanya menggunakan produk yang selamat untuk haiwan.

Soalan Lazim mengenai penyesuaian anak kucing di rumah anda

Adakah rumah perlu penyesuaian anak kucing?

Jika anda terfikir untuk mempunyai anak kucing, pastinya ya! Anda perlu menyediakan rumah kucing yang selamat untuk mereka dan juga melindungi barangan rumah dan perabot anda daripada si comel yang serba ingin tahu. Penyesuaian rumah ada kucing akan memastikan kedua-duanya.

Bagaimana cara memastikan rumah saya sesuai pada anak kucing?

Beberapa langkah awal yang penting bagi memastikan rumah sesuai pada anak kucing:

  • Pastikan pintu dan tingkap dikunci
  • Pasang pelindung pada wayar dan perabot yang mudah rosak seperti sofa
  • Tiada benda kecil dari lantai
  • Jangan biarkan makanan tidak bertutup
  • Gunakan selak kalis kanak-kanak pada kabinet

Adakah saya perlu memastikan balkoni dan tingkap sesuai dengan anak kucing?

Jauhkan langsir dan tali pengikat daripada capaian anak kucing, pastikan tingkap dan pintu balkoni ditutup melainkan anak kucing diawasi. Pastikan tumbuhan toksik kepada kucing juga tidak boleh mereka capai.

Whiskas brand imagery