Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Penyesuaian Rumah yang Ada Kucing: Cara Penjagaan Kucing di Rumah

Sifat semulajadinya yang ingin-tahu boleh memberikan masalah, jadi perhatikan beberapa punca bahaya 

 Penyesuaian rumah yang ada anak kucing Punca yang mungkin merbahaya kepada anak kucing

Anak kucing anda dilahirkan suka meneroka. Membenarkan ia mengenali persekitarannya akan membolehkan ia berasa selamat dan dilindungi dalam kawasannya. Sifat semulajadinya yang ingin-tahu boleh memberikan masalah, jadi perhatikan beberapa punca bahaya seperti berikut:

    • Tingkap yang terbuka
    • Makanan terdedah di dapur
    • Periuk dan cerek yang sedang mendidih
    • Pisau-pisau tajam
    • Pokok hiasan yang beracun (termasuk pokok bunga lily, ivy, philodendrons dan poinsettias)
    • Perhiasan yang mudah pecah
    • Api dan serombong asap
    • Bahan cuci dan kimia
    • Beg plastik
    • Peralatan elektrik dan wayar-wayar
    • Mesin basuh yang terbuka dan pintu mesin pengering baju
    • Pintu tandas yang terbuka
    • Kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain yang tidak mesra.

 Penyesuaian rumah yang ada anak kucing Kemalangan mungkin terjadi

Walaubagaimana berhati-hati pun anda, si kecil yang berani mencuba ini pasti akan terjebak dengan masalah. Jika anda tidak menjumpai si anak kucing anda, dan merasakan ia mungkin telah cedera, ingatlah bahawa pada kebiasaannya, saudaranya, si kucing besar yang liar, akan menyorok untuk menjilat luka dan menjauhi pemangsa-pemangsanya.

Jika berlaku kemalangan, tenangkan anak kucing anda dengan perkataan yang meredakan dan usapnya dengan lembut. Kemudian terus bawa ia berjumpa veterina. Ingatlah untuk menyimpan nombor telefon veterina anda  kegunaan masa kecemasan.

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang