Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Bermain Bersama Kucing di Sekitar Rumah

“Sediakan tempat untuk kucing anda memanjat di dalam rumah, anda akan memberinya peluang yang banyak untuk bersenam dan ransangan, walaupun tiada mainan di sekitarnya.” 

Kucing anda suka bermain memburu, tetapi dia juga suka menerokai kawasannya. Dengan menyediakan tempat untuk kucing anda memanjat di dalam rumah, anda akan memberinya peluang yang banyak untuk bersenam dan ransangan, walaupun tiada mainan di sekitarnya. Tiang mencakar dan kerangka memanjat juga bagus untuk tujuan ini juga.

Bermain Bersama Kucing di Sekitar Rumah Bermain kejar-kejar

Kucing anda juga mungkin mengalakkan anda untuk mengejarnya. Sesetengah kucing melakukan aktiviti ini  setiap hari pada masa-masa yang tertentu – kebiasaanya di waktu malam, apabila mereka baru sahaja bangun dari tidur. Jika kucing anda berlari melepasi anda dan menyorok di belakang langsir, kejarinya, intai di belakang langsir dan perhatikan gelagatnya. Ada kemungkinan ia akan berlari memecut untuk mencari tempat lain untuk bersembunyi, dan mengintai anda. Dan permainan kejar-kejar pun bermula!

Bermain Bersama Kucing di Sekitar Rumah Ambil! ‘Fetch’!

Sesetengah kucing suka bermain permainan “fetch” seperti anjing – mungkin kucing anda juga merupakan salah satu daripadanya! Walaupun ia tidak suka terdapat kemungkinan ia akan lebih menikmati versi felin daripada permainan tradisional anjing ini. Berikut adalah cara untuk melakukannya:

  • Ambil mainan yang kecil dan ringan yang disukai oleh kucing anda 
  • Panggil nama kucing anda sambil melambung-lambungkan mainan di tangan anda
  • Biarkan ia melihat anda sedang bermain dengan mainannya
  • Biarkan mainan itu boleh dilihat, duduk di kerusi dan baling permainan itu berdekatan dengan kucing anda, biarkan ia bermain dengannya
  • Sejurus sebelum kucing anda berasa bosan, panggil nama dia dan ambil mainan itu semula
  • Dari kerusi anda, lakukan rutin balingan itu semula
  • Ulangi aktiviti ini selama sepuluh minit, dua kali sehari – jika anda bernasib baik, kucing anda akan memahami permainan tersebut dan mula membawa mainan itu kepada anda semula

Bermain Bersama Kucing di Sekitar Rumah Apabila kucing anda semakin biasa dengan permainan tersebut, anda boleh mula mempelbagaikan aktiviti permainan tersebut Sebagai contohnya, cuba membaling mainan kucing anda di belakang perabut untuk menimbulkan naluri memburu semula jadinya!

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang