Enter a keyword below to search for articles and products.
“Kenapa kucing anda terlalu taksub dengan catnip? Dan bagaimana kita menggunakan catnip untuk menggembirakan ia”
Rumput kucing (tumbuhan catnip) – kadang-kadang dinamakan “catmint”, adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga pudina yang mana kucing tidak akan pernah bosan.
Tidak semua kucing akan memberi tindak balas terhadap catnip, tetapi kebanyakkan akan teruja apabila terjumpa dengan herba ini.
Kesan khayal daripada catnip hanyalah untuk beberapa minit sahaja, selepas itu kucing akan terbiasa dengan bahan kimia aktif yang mengakibatkan tindak balas itu. Selepas sejam, si comel akan terlalu teruja terhadap catnip ini lagi.
Catnip bukanlah sejenis dadah. Usah risau, anak kucing anda boleh terus mengunyah catnip tanpa sebarang bahaya.
Catnip boleh digunakan sebagai alat untuk melatih kucing dan untuk ia bersenam, maka tanpa disedari ia boleh menyihatkan mereka.
Catnip juga boleh digunakan sebagai ganjaran ke atas tingkah laku yang baik.
Biji catnip boleh didapati di kedai peralatan kebun biasa. Catnip adalah tumbuhan saka yang berbunga setiap tahun.
Sebaik sahaja catnip mula berbunga, potongkan bahagian batang tumbuhan tersebut kira-kira 9 inci dari tanah. Selepas itu daunnya dipetik daripada batang, buangkan batang, dan keringkan daun-daun di dalam dulang – anda boleh himpunkan catnip yang telah dituai itu (setebal 3-4 inci) dan biarkan kering selama 2-3 minggu. Selepas itu catnip akan kering dalam helaian dan bersedia untuk menceriakan kucing anda sekarang.