Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Makanan Kucing Yang Berusia

Apabila kucing anda semakin tua, ia memerlukan makanan yang tepat, dengan itu ia memerlukan makanan yang membekalkan semua nutrien yang kucing anda perlukan untuk kekal sihat pada usianya.

Tingkah laku semula jadi kucing anda akan berterusan sepanjang hayatnya – dan ia akan kekal aktif dan mempunyai sifat ingin tahu selama-lamanya. Hakikatnya, kadang-kadang anda sama sekali berasa sukar untuk mempercayai bahawa ia semakin tua!

Makanan Kucing Yang Berusia Makanan yang tepat bagi kucing anda yang berusia 

Jika kucing anda mula memalingkan  hidungnya daripada makanan yang anda berikan kepadanya, itu mungkin merupakan tanda yang anda perlu mengubah dietnya. Walaupun anda ingin memberikan sesuatu yang disukainya, sangat penting bahawa ia mendapat nutrien yang tepat untuk usianya. Kami mencadangkan rangkaian Whiskas® 7+, yang terdapat dalam perisa ikan yang lazat, membekalkan semua nutrien yang kucing anda perlukan untuk kekal sihat pada usianya.

Makanan Kucing Yang Berusia Persoalan tentang pencernaan

Kucing berusia anda mungkin sudah tidak berupaya untuk mencerna makanan yang dimakannya dengan mudah berbanding ketika ia masih muda. Ini mungkin bermakna ia tidak menyerap nutrien sebaik sebelumnya. Memberi kucing anda dengan diet yang sesuai akan membantu tubuhnya mengendalikan perubahan-perubahan ini dan seharusnya dapat meningkatkan kualiti hidup bahkan memanjangkan usianya.

Makanan Kucing Yang Berusia Mengawasi berat kucing anda

Oleh kerana kucing anda tidak seaktif sebagaimana kebiasaannya, anda mungkin mendapati tubuhnya bertambah montel! Selain itu, jika ia mengalami kesukaran untuk mencerna makanan dengan baik, ia mungkin kehilangan berat badan. Perhatikan berat badan kucing anda dengan menimbang beratnya  serta melakukan pemeriksaan secara rutin pada seluruh tubuhnya. 

Jika anda berasa bimbang tentang beratnya, cuba selaraskan  jumlah makanan yang diberikan kepada kucing anda dengan sewajarnya. Jika masalah ini berlarutan, sila dapatkan nasihat daripada doktor haiwan anda.

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang