Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Apabila Usia Kucing Semakin Meningkat

Dengan penambahbaikan dalam pemakanan dan penjagaan yang tetap, kucing anda boleh hidup lebih lama daripada sebelumnya

Apabila kucing anda mencecah usia tujuh tahun, anda mungkin tidak begitu menyedari perbezaan terhadap kelakuannya. Lagipun, kebanyakan kucing hidup sehingga mereka berusia 13-17 tahun. Selain itu, kucing anda mungkin masih aktif, sihat, dan  berdikari dan mempunyai sifat ingin tahu sama seperti kebiasaannya!

Walaupun ia tidak kelihatan seperti kucing yang semakin meningkat usia, apabila ia mencecah usia tujuh tahun, keperluan pemakanannya akan berubah. Walau bagaimanapun, dengan diet yang betul, anda boleh melambatkan - atau mungkin mencegah - beberapa masalah kesihatan yang mungkin muncul seiring dengan masa, dan meneruskan penjagaan yang telah anda sediakan kepada kucing anda sepanjang hidupnya setakat ini.

Penting untuk tidak menghentikan perubahan-perubahan terhadap pemakanannya ini. Dengan mengubah  diet kucing anda tepat pada usianya, anda akan mempersiapkannya untuk kekal sihat bagi tahun-tahun yang akan datang. Sekiranya ia membantu, jangan menanggap kucing anda sebagai tua - sebaliknya anggaplah ia sedang memasuki fasa keemasan dalam kehidupannya.

Apabila Usia Kucing Semakin Meningkat  Masalah-masalah kesihatan yang kerap dialami oleh kucing-kucing yang telah berusia

  • Masalah jantung
  • Penurunan fungsi buah pinggang 
  • Penglihatan yang merosot
  • Sukar untuk mengekalkan kesihatan kulit dan bulu

Apabila Usia Kucing Semakin Meningkat Makanan yang sesuai bagi kucing seusianya

Dengan memberikan kucing anda makanan yang sesuai dengan usianya, anda telah memberikannya peluang yang sebaik mungkin untuk ia menikmati usianya yang telah meningkat dalam keadaan yang sangat baik.

Contohnya, Whiskas® 7+ mengandungi serat  diet untuk pencernaan yang sihat dan pembuangan air yang lancar. Ia juga diperkaya dengan kalsium, fosforus dan vitamin D untuk membantu menguatkan tulang.

Apabila Usia Kucing Semakin Meningkat Mempelbagaikan pemakanan

Satu lagi cara untuk membantu kucing berusia anda kekal sihat adalah dengan memberinya kombinasi makanan basah dan kering yang tepat. Walaupun kebanyakan makanan kering mengandungi nutrien yang lengkap, jangan lupa bahawa kucing anda adalah seekor pemangsa secara semula jadi – jika ia hidup di dalam habitat semula jadi, biasanya ia akan memburu dan memakan mangsanya. Jadi, ia pastinya berasa berterima kasih kepada anda kerana memasukkan sedikit daging yang basah ke dalam dietnya! 

Selain memberikan ia rasa dan tekstur yang disukainya, makanan basah juga merupakan sumber air yang hebat - sangat penting untuk kucing berusia  anda. Makanan basah tidak hanya membantu buah pinggangnya, tetapi juga boleh membantu jika anda menjaga berat badannya.

Whiskas brand imagery