Pengetahuan

Ketahui lebih banyak tip dan fakta-fakta yang berguna mengenai kucing senior.

Mengatasi Pemergian Kesayangan Anda

Mengatasi Pemergian Kesayangan Anda

Luahkan segala kesedihan anda

Selepas pemergian kucing, adalah sesuatu yang normal untuk mengalami emosi yang bercampur baur serta perasaan yang mudah berubah termasuk terkejut, tidak percaya, berasa sakit hati, marah, rasa bersalah, kemurungan dan kerisauan. Jangan cuba untuk memendamkan perasaan ini kerana ini adalah perkara yang lumrah. Apabila anda telah melalui tempoh yang sedih ini ia akan membantu anda untuk mengatasi pemergian yang akan datang dengan lebih mudah. Ingatan yang menyedihkan terhadap pemergian kucing anda akan dijadikan peringatan yang baik bagi memperingati kenangan indah bersama kucing anda dan apabila anda terkenangkannya anda akan tersenyum dan bukannya menangis.

Bantuan dan sokongan

Perkara yang paling penting adalah anda tidak perlu berasa malu dengan kesedihan dan memikirkan bahawa ia “cuma seekor kucing” – semua perasaan yang dialami adalah benar, dan anda mesti mencari cara untuk mengatasi perasaan ini dengan sewajarnya, biar bagaimanapun caranya.

Menyediakan anak anda untuk mengatasi pemergian kucing

Kebanyakan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun mungkin belum memahami tentang kematian. Mereka mungkin mengetahui bahawa kematian adalah sesuatu yang tidak baik, tetapi mereka mungkin tidak akan faham bahawa kucing tersebut tidak akan kembali kepada mereka semula. Mereka akan berasa sedih kerana tidak akan dapat melihat lagi kucing tersebut berlari di dalam rumah serperti dulu, maka, jangan lupa untuk membelai mereka dengan penuh kasih sayang dan berikan sokongan kepada mereka.

Memperingati kucing

Anda mungkin tidak pasti apa yang perlu dilakukan terhadap kucing yang baru sahaja pergi meninggalkan anda. Anda perlu berunding dengan ahli keluarga dan doktor haiwan ketika kucing anda masih hidup lagi. Biasanya terdapat 4 pilihan utama – di mana doktor haiwan boleh memberi nasihat untuk setiap daripada pilihan ini:

  • Mengebumikan kucing anda di rumah
  • Mengebumikan kucing anda di tanah perkuburan haiwan peliharaan
  • Membakar kucing anda secara berasingan – anda akan mendapatkan balik abunya
  • Membakar kucing anda bersama haiwan-haiwan peliharaan lain.

Keputusan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti perasaan dan emosi, kewangan serta kemudahan. Jika anda memilih untuk mengembumikannya di rumah, hubungi pihak majlis perbandaraan terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat bagi amalan-amalan biasa dan walau apapun keputusan anda, pastikan anda meminta pendapat daripada sesiapa yang rapat dengan kucing tersebut sama ada mereka berasa selesa atau tidak dengan keputusan tersebut.

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent