Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Penjagaan Bulu bagi Kucing yang Berusia

Bantu kucing anda untuk merapi dirinya, dan berikan ia makanan yang mengandungi jumlah nutrien yang betul bagi untuk membantu mengekalkan kulit dan bulu kucing anda yang sihat.

Sepanjang kehidupannya, kucing anda akan menghabiskan banyak masa dalam sehari untuk memenuhi naluri semula jadinya untuk berdandan. Dandanan tidak sahaja membantu kucing anda menjaga bulunya, tetapi juga memperkukuhkan ikatan sosial dan mengawal parasit.

Bagaimanapun, apabila kucing anda semakin meningkat usia, mungkin lebih sukar baginya untuk mengekalkan bulu yang berkilat dan sihat seperti biasa. Sekiranya ia tidak menghiraukan dandanannya, kulit kucing anda mungkin bersisik, dan warna bulunya mungkin menjadi kelabu atau putih.

Penjagaan Bulu bagi Kucing yang Berusia Membantu kucing anda berdandan

Anda mungkin selalu membantu kucing anda untuk mendandan dirinya sendiri, dan menikmati semua detik ikatan yang indah yang telah dilalui. Oleh itu, pastikan anda meneruskan rutin dandanan secara tetap, yang akan membantu memastikan bulunya berkilat dan sihat, dan kelembutan kulitnya. Ingat bahawa, apabila kucing anda semakin meningkat usia, anda mungkin perlu mengendalikannya dengan lebih baik berbanding ketika ia seekor kucing muda yang sentiasa ceria!

Penjagaan Bulu bagi Kucing yang Berusia Gumpalan yang teruk

Jika bulu kucing anda bergumpal dan melekat, ia mungkin sukar bagi anda untuk mengatasinya – dan baik anda mahupun kucing anda tidak suka dengan pengalaman untuk meleraikan  bulu yang bergumpal! Jika bulunya tidak boleh dileraikan, bawa kucing anda ke doktor haiwan untuk memotong gumpalan bulu tersebut.

Penjagaan Bulu bagi Kucing yang Berusia Diet yang betul

Diet memainkan peranan yang besar pada keadaan bulu kucing anda! Apabila kucing anda semakin meningkat usia, ia mungkin tidak dapat menyerap semua nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan bulunya dalam keadaan yang terbaik. Itulah sebabnya penting bagi anda untuk memastikan kucing anda makan makanan yang tepat mengikut usianya. Rangkaian Whiskas® 7+, yang direka untuk keperluan khusus kucing yang lebih berusia, mengandungi zink dan asid linoleik dalam jumlah yang tepat untuk membantu mengekalkan kulit dan bulu kucing anda.

Whiskas brand imagery