Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Gusi Dan Gigi Anak Kucing Yang Sihat

Biasakan anak kucing anda dengan pemeriksaan mulutnya semenjak dari awal usianya – ini memudahkan anda untuk membersihkan giginya di kemudian hari.

Anak kucing anda adalah karnivor semula jadi. Ini bermakna giginya dibentuk dengan sempurna untuk memotong dan mengoyak daging, berbanding mengisar atau mengunyah. Sama seperti saudara kucing besarnya, teman kucing anda ini perlukan gigi yang sihat untuk pemakanan dan mendandan diri dengan sempurna.

Gusi Dan Gigi Anak Kucing Yang Sihat Pemeriksaan Yang Tetap

Gigi anak kucing anda harus bersih daripada mendapan. Gusinya harus berwarna merah jambu yang sihat. Jika anda mendapati kemerahan di sekeliling gigi dan gusi, maklumkan kepada doktor haiwan – kadangkala cebisan makanan dan bakteria boleh menyebabkan plak terbentuk.

Biasakan anak kucing anda dengan pemeriksaan mulutnya semenjak dari awal usianya – ini memudahkan anda untuk membersihkan giginya di kemudian hari.

Gusi Dan Gigi Anak Kucing Yang Sihat Membersihkan Gigi Anak Kucing Anda

Anda memerlukan sebatang berus gigi kecil dan ubat gigi yang sesuai untuk membersihkan gigi anak kucing anda. Anda boleh mendapatkannya daripada mana-mana kedai haiwan peliharaan atau tanyakan kepada veterina anda. Benarkan anak kucing anda untuk menjilat ubat gigi tersebut supaya ia dapat menyesuaikan diri dengan rasanya. Selepas itu, dengan pantas alihkan ubat gigi tersebut ke gigi di bahagian belakang pada kedua-dua belah. Lakukan ini sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Gusi Dan Gigi Anak Kucing Yang Sihat Makanan Khas

Ada kebaikan di sebalik  memperkenalkan makanan kering yang sesuai sebagai pemakanan anak kucing anda – contohnya, Whiskas® Junior Dry. Setiap butir (kibel – nama bagi setiap butir makanan kering) adalah dalam saiz dan bentuk yang sesuai untuk mulut anak kucing anda, dengan tekstur yang melelas adalah bagus untuk gigi dan gusinya.

Whiskas brand imagery

Hei! Ada soalan
tentang kucing?
Sembang dengan
kami sekarang