Kesihatan

Temui cara untuk menjaga anak kucing anda supaya sihat dan ceria setiap hari.

Vaksinasi Untuk Anak Kucing

Vaksinasi Untuk Anak Kucing

Sebagai seorang pemilik yang bertanggungjawab, anda mahu memastikan bahawa anak kucing kesayangan anda sentiasa bahagia dan sihat. Vaksinasi adalah amat penting, kerana ia membantu melindungi anak kucing anda daripada sebarang penyakit. Selepas anak kucing anda telah mendapatkan kesemua suntikan, anda akan pasti bahawa anda telah berikan perlindungan yang terbaik.

 Waktu Memberi Vaksin

Anak kucing anda mungkin akan mendapatkan suntikan pertama pada umur 9 minggu, diikuti dengan kali kedua pada umur 12 minggu. Ini mungkin boleh didapati berbeza, bergantung kepada jenis vaksin, maka pastikan anda semak waktu suntikan yang bersesuaian dengan veterina anda.

Jika anda memilih untuk mengambil anak kucing daripada mana-mana organisasi pembiak ataupun penyelamat kucing, mintalah sesalinan sijil kesihatannya – anda mungkin mendapati kebanyakan daripada suntikan yang diperlukan telahpun diberikan.

Tinggal di Rumah

Ia mengambil sekurang-kurangnya dua minggu selepas vaksinasi, untuk imuniti anak kucing anda terbentuk dengan sepenuhnya. Sepanjang waktu ini, pastikan ia disimpan di dalam rumah.

Menyimpan Maklumat

Walaupun anak kucing anda telah diimunisasi, masih amat penting untuk ia mendapatkan suntikan penguat setiap tahun. Simpanlah sijil-sijil suntikannya pada tempat yang selamat – jika anda mahu tinggalkannya di kateri pada masa hadapan, mereka perlu untuk melihat sijil-sijil tersebut.

Berhijrah ke Luar Negara

Jika anda bercadang untuk membawa anak kucing anda ke luar negara, ambilkira waktu yang diperlukannya untuk menerima vaksin yang diperlukan. Berbincang dengan doktor haiwan anda mengenai perjalanan ke luar negara.

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent