Masalah-masalah Kesihatan Kucing Yang Berusia

Apabila kucing anda semakin meningkat usia, anda mungkin mendapati anda membawanya lebih kerap daripada biasa untuk berjumpa doktor haiwan. Lakukan pemeriksaan secara teratur di rumah – tentu sahaja dengan penuh kasih sayang dan perhatian! - anda akan dapat membantu untuk mengenal pasti jika terdapat sebarang masalah kesihatan, dan pastikan ia dirawat dengan sewajarnya.
Isu-isu kesihatan yang kerap berlaku
Berikut adalah senarai perkara-perkara yang kerap berlaku yang mungkin menjejaskan kucing anda apabila ia meningkat usia:
- Masalah saluran air kencing
- Masalah jantung
- Masalah sendi
- Katarak
- Masalah kesihatan mulut
Mata dan telinga
Lakukan pemeriksaan ke atas mata kucing anda untuk melihat sama ada ia mengalami katarak – kanta pada matanya kelihatan berkabus. Jika kucing anda mengalami katarak, anda akan dapati di dalam matanya kelihatan kabut berwarna kelabu yang kabur. Apabila masalah katarak ini menjadi semakin teruk, keupayaan kucing anda untuk melihat akan beransur-ansur menjadi kurang.
Apabila ia semakin meningkat usia, kucing anda mungkin juga mengalami masalah pendengaran. Sebagai pemburu semula jadi, kucing anda bergantung kepada kepekaan telinganya di sepanjang hayatnya, oleh itu, perhatikan jika terdapat sebarang perubahan pada tingkah lakunya.
Walaupun kucing anda menjadi sama ada buta atau pekak, ia masih boleh menikmati kehidupan yang ceria dan sihat. Jauhkan rumah anda daripada benda-benda yang berpotensi membahayakannya dan cuba pastikan ia tidak ditimpa dengan sebarang situasi yang sukar.
Gigi kucing anda
Semakin ia berusia, kucing anda mungkin mengalami gusi bengkak, nafas berbau, bahkan kehilangan beberapa batang gigi tajam pemburunya. Jika anda bimbang tentang kesihatan mulutnya, doktor anda mungkin mengesyorkan pembedahan – namun begitu, jika usia kucing anda telah lanjut ini mungkin tidak dianjurkan.