Kembali
Whiskas® Dry Junior Mackerel Flavour with Milk Kitten Food

Whiskas® Dry Junior Mackerel Flavour with Milk Kitten Food

Sama seperti bayi manusia, anak kucing memerlukan penjagaan yang teliti dan nutrisi khas  pada tahun pertama mereka untuk memastikan pembesaran yang sihat.Makanan kucing Whiskas® Junior 2-12 bulan dirumus khas untuk anak-anak kucing berusia 2-12 bulan. Ia juga sesuai untuk ibu kucing yang  hamil atau yang sedang menyusu:

  • 100% lengkap dan seimbang, dengan kandungan 41 nutrien penting.
  • Dihasilkan dalam bentuk pelet yang  kecil supaya mudah dikunyah.
  • Diperkayakan dengan kalsium, fosforus, dan vitamin D untuk tulang yang sihat dan pembesaran menyeluruh.
  • Mengandungi antioksidan semulajadi untuk sistem imun yang sihat.
  • Mengandungi pelet kecil berisi susu yang lazat, penuh dengan kebaikan susu.
  • Mengandungi antioksidan semulajadi untuk sistem imun yang sihat.

Susu ibu adalah yang pilihan terbaik untuk anak kucing. Apabila anak-anak kucing mula berhenti menyusu, mereka memerlukan diet yang khas untuk menyokong tumbesaran mereka. Whiskas® Pouch Junior 2-12 bulan (makanan basah) adalah sesuai sebagai makanan pertama untuk anak kucing semasa peralihan ini. Ia diperbuat daripada ikan segar, berkhasiat dan lazat, dan lembut pada gusi halus dan gigi anak kucing yang baru terbentuk.

Makanan kering yang dirumus khas untuk anak-anak kucing adalah satu lagi pilihan yang sesuai. Makanan kering Whiskas® Junior 2-12 bulan mengandungi 100% nutrisi lengkap dan seimbang, dan diperkaya dengan kandungan pelet susu yang akan menjadi kegemaran anak-anak kucing anda. Ianya dihasilkan dalam bentuk pelet yang  kecil supaya mudah dikunyah. Anda boleh menambahkan air kepada pelet-pelet ini bagi melembutkan teksturnya.

Boleh didapati dalam saiz 450g dan 1.1kg.

Penyataan AAFCO

Whiskas® memahami keperluan semula jadi dan kehendak kucing pada setiap tahap usia. Setiap produk yang dihasilkan adalah berdasarkan pengetahuan dan penyelidikan yang luas untuk memastikan kucing anda membesar dengan ceria dan sihat. Makanan kucing Whiskas® telah diformulasi dan diuji oleh WALTHAM, UK, salah satu institusi terkemuka di dunia dalam bidang penghasilan makanan dan penjagaan haiwan pliharaan. Whiskas® juga telah mendapat kelulusan bagi setiap ujian makanan kucing yang ditetapkan oleh Persaatuan Kawalan  Pemakanan Amerika (Association of American Feed Control Officials, AAFCO), Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice, GMP), Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (Hazard Analysis and Critical Control Points, HACCP), dan ISO 9001: 2008.

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent